Home

Sunday, January 27, 2013

kisah cinta ku

Assalamualaikum .

Setelah sekian lama aku tidak berbicara , kini aku terpanggil untuk berkongsi dengan kalian . Datang nya aku kali ini untuk menceritakan kisah cinta aku . Mungkin sebab itu juga ayat aku agak jiwang dan aku merasakan bertaburan kesalahan tatabahasa . Abaikan saja semua itu yang penting feel . Bhahaha .

Petang tadi , eh tengah hari tadi.. Disebabkan kebosanan yang melampau sementara menunggu untuk buffer running man . Aku merebahkan badan aku di hadapan televisyen dan berbantalkan cushion . Dalam tidak sedar aku telah melelapkan mata ku sambil memegang remote control tv . Dalam keenakan aku dibuai mimpi makan nasi dengan masak kicap daging buatan mak aku . Tiba-2 aku merasakan sesuatu tidak kena . Hati aku kuat mengatakan untuk bangun dan lihat apa yang terjadi . Aku merasakan ada sesuatu yang menyentuh badan ku . Namun kelopak mataku terasa berat untuk diangkat .

Dalam lena itu aku terdengar sayu-2 suara mak aku suruh aku bangun sembahyang zohor memandangkan jam dah menunjukkan 2.45 petang . Dengan hati yang berat aku menggagahkan jua diri ini untuk bangun . Sebelum aku bangun aku mengguling-gulingkan badan ke kiri dan kanan . Aku tersedar sesuatu sedang mencakar badan aku . Aku memahami maksudnya . Aku mengenjakkan sedikit badan aku . Lalu benda yang mencakar tadi menghentikan perbuatan nya , kemudian dia mengikut perbuatan aku dengan berguling-guling . Selepas beberapa ketika dia memejamkan matayan. Dek kerana hasutan yang jahat , aku telah mengganggu-gugat tidurnya dengan bermain telinga nya .

Disebabkan rasa terancam dan marah yang membuak-buak dia menarik rambut aku dengan jari jemarinya . Sekali lagi aku mengganggu tidurnya dengan cuba melarikan diri dari dia . Kemudian dia terus datang padaku lalu menggigit manja telinga ku . Setelah itu dia memberikan ciuman di pipi ku . Aku terus bangun dan duduk di depan komputer untuk melihat perkembangan buffer tadi . Aku tak sangka dia ikut aku dan melompat ke atas paha aku . Namun malang tidak berbau , bontot dia terkena bucu meja komputer . Aku mengurut bahagian yang terkena . Lalu dia merajuk dan melarikan diri . Dia melelapkan mata nya di atas cushion yang aku tido tadi .

Sekian sahaja kisah cinta aku dengan kucing aku . Romantik dak ? Bhahahaha . Oke merapu post kali ni , tapi ini semua kenyataan bukan rekaan .

2 comments:

  1. minat running man? ok kite geng! ^^ boleh tahan gak r romantik ngan haiwan tu.. tapi part kucing tu boleh merajuk memang tak dapat nak imagine cane.. @.@

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah ! dah addict dgn running man . sehari minimum 2 episod wajib tengok . hee :D . Kucing kami memang suka merajuk , susah kott nak pujuk .

      Delete