Home

Friday, January 11, 2013

Mati itu pasti

Assalamualaikum ,

Post kali ni agak serius dan berunsurkan ketuhanan . Mohon jangan bertanya kenapa aku buat post macam ni . Aku sendiri ta pasti , aku terus menaip lepas terdetik na buat post tentang kematian . Semua orang tahu kan satu hari nanti kita akan mati ? Sebaik sahaja kita lahir ke dunia ini , kita akan terus beratur untuk menuju ke kaunter mencabut nyawa . Ala , macam nak naik flight tu , macam hampa dok beratoq na beli makanan kat kantin . Hampa bagi duit hampa dapat nasi . Eh merapu dah . Sekali lagi di ulang "MATI ITU PASTI" . Lagi satu "MATI TIDAK MENGENAL USIA" . Sekarang makin banyak orang muda meninggal dunia kan ? Baru-2 nih junior aku meninggal . Walaupun aku ta pernah kenal dia , tapi aku rasa sedih bile baca komen kawan-2 arwah yang sedih tentang pemergian arwah .

Kisah kematian yang bagi kesan paling mendalam pada aku setakat ni kisah arwah Yasmin . Walaupun arwah meninggal dah lama , tapi aku tatahu . Aku hanya tahu masa exam chemistry masa SPM hari tuu . So , aku decide lepas SPM nak mencari info tentang arwah . Ternyata kesannya sangat mendalam . Sejak dari tu aku sering pikirkan mati . Kadangkala tindak tanduk yang aku jarang buat tetiba aku buat , terlintas di hati aku "aku nak mati dah ke?" . Cukup di situ aku ta nak cerita panjang .

Aku nak kongsikan tanda-tanda kematian jer sebenarnye . Oke , boleh baca di SINI .

Akhir kata dari aku , aku tahu aku banyak berdosa dengan Allah dan dengan sesama manusia . Jadi , di kesempatan ni , aku nak mintak maaf dekat semua yang aku dah buat salah , menyinggungkan perasaan hampa , sakitkan hati hampa dan macam-2 lagi . Aku ta sempurna , aku ta sebaik malaikat , aku banyak salah ngan hampa kan ? Aku harap satu jaa , sebelum aku mati , aku harap aku sempat bertaubat dan Allah terima taubat aku . Aminnn =)

No comments:

Post a Comment