Home

Saturday, February 2, 2013

Itu Bukan Show Off lahh

Assalamualaikum ,

Sila lihat tajuk , "Show off" ataupun dalam bahasa melayunya menunjuk-nunjuk ataupun riak . Riak ni satu spesis dengan ikhlas cuma berlainan arah . Ikhlas ni ke arah kebaikan , manakala riak ni ke arah keburukan . Macam mana kita nak tahu orang tu menunjuk-nunjuk atau tak ? Sebenarnya sangat lah susah untuk kita ketahui , sebab riak/menunjuk-nunjuk ni berkaitan dengan hati . Dah cakap berkaitan dengan hati , memang susah la kan ? Boleh ka kita na baca hati dan fikiran orang lain ? tak kan ! So , kita jangan senang-senang nak tunding jari dekat orang cakap "eh kaw ni janganlah nak show off sangat" sebab kita tatahu sebenarnya hati dia benar-benar ikhlas ataupun memang nak menunjuk .

Oke , Macam mana show off ni sebenarnya ? Let say korang tengah tunggu bas , or train , or ape-ape je lah . So , korang pun main lah hp canggih korang tu , tetiba ada orang datang duduk sebelah korang , usha-2 hp korang than bawak keluar hp dia yang lebih canggih dari korang dan saja bawak keluar bukan na guna apa-2 pun . paham tak ? haa ! ni lah salah satu show off . Ataupun korang tengah sembang ramai-2 ngan kawan-2 , tetiba muncul kawan korang nih tetiba bukak cerita , "Semalam kan , ayah kami beli kasut kat kami RM80 , mak kami pakai beli tudung harga RM120 , kami beli iphone20 , blackcurry kami tu kami simpan ja kat rumah" . meluat kan ? tampaq jaa orang macam ni . Aku mintak maaf kalau contoh aku ni overdos .

As a friend or best friend , selalunya korang akan share everything right ? Terutamanya perempuan . Kalau boleh setiap inci setiap sudut diri kita , kita nak cerita kat kawan baik kita kan ? Kecuali hal-2 keluarga yang private yang boleh membuka aib lahh kan . Itu baru nama best friend tahu segala-galanya . Tapi ada jugak yang ta suka berkongsi . Takpelah lain orang lain perangainya kan ? Namun perkara yang paling sedih sekali , Kadangkala niat kita disalah erti . Mungkin kita nak kongsi tuh sebab kita nak kongsikan kegembiraan bersama . Namun ada pihak yang kata kita ni menunjuk-nunjuk . Cuba fikir apa kita rasa kalau orang buat macam tu dekat kita ? Mungkin timbul rasa kurang selesa dengan sikap yang sebegitu , jadi untuk mengelakkan kita buat dosa kering mengata dia depan orang lain , lebih baik kita tegur dia . Na tegur orang ada caranya . Bukan main serang marah-2 maki hamun tak tentu pasal .

Cukuplah kita ja terasa hati dengan dia . Jangan sampai dia terasa hati dengan kita disebabkan ayat-2 pedas dari mulut kita tuh . Kadang-kadang dalam situasi macam ni akan muncul rasa cemburu dalam hati kita dengankesenangan dan kemewahan orang lain . Mungkin kita cemburu dia asyik bercerita tentang kehidupan dia yang berada . Kawan-kawan kita kena ingat setiap orang ada rezeki masing-2 . Setiap orang rezeki lain-2 . Yang paling penting kita kena ingat kesenangan dan kesusahan tu ujian dari Allah sebenarnya . Orang yang hidup senang Allah nak uji macam mana cara dia bersyukur atas rezeki yang berganda-ganda . orang yang hidup susah Allah nak uji macam mana cara dia nak usaha ubah naseb dia dan memohon pertolongan Allah .

Kalau kita teringin nak itu ini tapi ta dapat . Kita kena ingat , mana tahu satu hari ni kita akan dapat dan In Shaa Allah akan dapat lebih hebat dari apa yang kita harapkan . Tipu la kaalu aku cakap aku ta pernah kecik hati dengan kawan-2 aku bila diorang cerita diorang ada itu ini semua . Tapi mungkin sebab aku selalu berkongsi apa yang ada dalam hati aku dengan mak aku so sedikit sebanyak dapat lah nasihat yang mungkin mematangkan aku untuk berfikir . Jadi kat sini aku nak bagi tahu jugak , kalau boleh kita mintak la nasihat orang yang lebih berpengalaman dari kita . Mungkin diorang dapat membantu . Kalau kita ada masalah kongsikan jagan pendam sorang-2 . Kalau rasa hati ta tenang itu maknanya hati kita lapar . Kenyangkan dia dengan berdoa kepada Allah dan basihi dia dengan ayat-2 Al-Quran .In Shaa Allah kita akan tenang .

Aku rasa mungkin cukup sampai di sini . Aku belum cukup ilmu untuk kongsi banyak-2 , takut tersalah info nanti . Post kali ni nampak macam serabut sikit , setiap perenggan nampak tak teratur . Aku ambil masa untuk siapkan post ni sebulan lebih . Aku mula menulis post ni 17/12/12 . See ! lamakan ? Ada saja yang ta kena dengan ayatnya . Post kali ni tak ditujukan kepada sesiapa tapi hanya untuk tatapan umum dan aku mohon maaf seandainya ada pihak yang terasa . Memangdangkan post kali ni agak complicated so aku nak buat conclusion by point .

* Jangan terlalu mudah na nilai isi hati orang
* Jangan terlalu menunjuk-2 jaga percakapan kita
* Jangan cemburukan kesenangan orang lain dan meraikan kesusahan orang lain
* Ingat ! lahir sahaja kita di muka bumi Allah dah tetapkan rezeki kita , tugas kita untuk mencri dan menambahkan nya .
* In Shaa Allah apa yang kita hajakan mungkin ta dapat sekarang , mungkin dapat nanti mungkin juga dapat di akhirat kelak yang penting berdoa memohon kepasda yang Maha Esa .

No comments:

Post a Comment