Assalamualaikum .
Lama sangat rasanya dah ta mengarang dan mengasah bakat menulis ni . hihi . berbakat la sangat . ayat bunga-2 pun dah makin menghilang . lama dah ta baca novel . sejak dua menjak ni terminat pulak dengan cerpen . so bila dah jumpak ayat-2 gitu , cerita-2 yang membuatkan ku terbayang-2 berada dalam situasi tu menyebabkan jari ni meronta-ronta untuk menari diatas keyboard yang telah tercabut huruf 'P' nya . Jadi ku gagahkan jua untuk berimaginasi menghidupkan watak cerpen pertamaku . Silalah baca . Andai kurang menarik jalan ceritanya mohon kemaafan dan maaf juga andai ada typo :)
...........................................................
Jun 2014
Usai solat subuh aku segera mengenakan pakaian yang tergantung elok di dalam almari . Semalam , sebelum belayar ke bahtera mimpi sempat aku seterika sepersalinan pakaian untuk dipakai hari ni . Selesai sarapan aku segera membawa bagasiku menuju ke pintu dan teksi yang telah aku telefon sejam yang lalu sudah berada di hadapan pagar . Tanpa berlengah aku mengangkat bagasiku dan disumbat kedalam bonet teksi dan aku terus masuk kedalam perut teksi tersebut untuk menuju ke lapangan terbang .
Setibanya aku di lapangan terbang , hatiku tiba-tiba berasa gementar . Aku tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi setibanya aku di Malaysia kelak . Setelah 3 tahun aku menetap di tempat orang hanya sekali aku pulang ke kampung halaman atas urusan keluarga. Bukan tidak rindu , tapi aku tidak kuat untuk berada disitu , aku perlukan masa untuk melupakan segalanya . Minggu lepas aku menelefon keluargaku dan memberitahu aku akan pulang dan terus menetap disana . Mereka begitu seronok menantikan kepulanganku .
...................................
Setibanya aku di Malaysia , aku disambut meriah oleh keluarga terdekatku . Sudah pasti orang pertama yang aku peluk ialah ibuku, kuat pelukkannya mungkin kerana terlalu rindukan aku . Kemudian, aku berpusing ke kanan dan ku peluk ayahku. Kami tidak lama di situ kerana aku rindukan kamarku dan rumahku .
Setibanya di rumah , aku menuju ke kamar biruku dan aku menghempapkan badanku di atas tilam empuk. kemudian terlintas di fikiranku tentang kawan baikku . Terus tanganku pantas mencari handphone pink di dalam beg . Aku terus mendail nombornya , malangnya tiada jawapan untuk panggilan itu . Barangkali dia sibuk fikir hati kecilku. Aku terus keluar dan menuju ke dapur meninjau ibuku yang sibuk memasak lauk kegemaranku .
"Berapa lama kamu cuti Ed?" sapa ayahku yang ke dapur untuk mengambil air di dalam peti . "Dua minggu je ayah, lepas ni kena balik KL" jawabku dengan nada yang lemah. Aku dihantar ke Australia selama 3 tahun kerana boss aku memberi kepercayaan dan amanah padaku untuk menjadi akauntan di sana dan lagi dua minggu aku terpaksa pulang ke KL untuk memulakan tugasku disini . Aku tak sabar untuk bertemu rakan-rakan sepejabatku . Banyak juga buah tangan aku belikan untuk mereka. hehe.
.......................................
Selepas selesai mengunci rumahku , aku terus terbaring di atas sofa. Sudah seminggu aku memulakan tugas . Seperti sedia maklum kehidupan seorang akauntan , 9 pagi masuk kerja 8 malam baru pulang ke rumah. Itulah rutin harian aku . Pernah juga aku berangan untuk berkahwin dengan anak orang kaya, boleh aku berhenti kerja. Tapi bila teringatkan kata-kata ustazahku , aku batalkan niat aku itu. Ustazah selalu pesan "kamu perempuan apa jadi sekalipun, jangan berhenti kerja nanti apa-apa jadi pada suami kamu tak ada tempat bergantung".
Tanpa ku sedar aku sudah terlelap di atas sofa. Apabila ku terjaga terus aku melihat jam dinding , sudah pukul 10 malam. Aku terus naik ke bilik untuk mandi dan solat. Selesai solat aku mencapai handphone aku yang dari tadi tidak henti-henti berbunyi. Penuh notification dari group WhatsApp terpaksalah aku scroll dari atas untuk tahu apa yang terjadi. Tapi seperti biasa hanya bualan kosong. Kemudian aku terus buka personal WhatsApp dari rakan baikku , Soff. Dia mengajak aku keluar esok memandangkan esok cuti hujung minggu dan bersetuju untuk berjumpa dengan Soff di Ikea kerana aku rindukan karipap ikea. hihi
..................................
Setelah seminggu aku bertemu dengan Soff. Sejak dari tu , aku ta senang duduk memikirkan ceritanya. Hati aku jadi serba tak kena. Macam-macam terlintas difikiranku yang mengusutkan kepala aku. Di pejabat pening tengok nombor balik rumah memikirkan cerita Soff pula.
Tiba-tiba handphone aku menjerit-jerit minta diangkat. Lagu bruno mars-talking to the moon bergema dalam bilikku. Terpapar 'ibu' di screen telefon. Aku terus menjawab panggilan itu dan kedengaran suara ibu dihujung talian.
Ibu : "Assalamualaikum Ed, hujung bulan depan kamu sibuk tak? Ibu nak minta kamu pulang ke kampung".
Aku :"Waalaikummussalam bu, memang Ed cadang nak balik kampung minggu depan. Kenapa bu ?" gusar hatiku takut-takut ada perkara yang kurang baik terjadi.
Ibu : "Ada orang nak masuk meminang kamu".
Aku : "Apa 'nang' bu ? meminang ? hah ? sapa ? Ed tak nak kahwin lagi bu. Pleaseeee !! Ed masih belum bersedia". bertubi-tubi aku menyoal ibu dengan nada yang terkejut.
Ibu : "Dah habis soalan ? Asal tak buat esei ja senang sikit ibu nak jawab. Orang itu minta identitinya dirahsiakan. Tapi dia bagi kamu tempoh sampai hujung bulan ni untuk memikirkan jawapan"
Aku : "Tapi bu....." Belum sempat aku mengahabiskan kata-kata aku ibu dah memotong ayat tu.
Ibu : "Takda tapi-tapi . Ibu nak kamu fikir masak-masak . Kamu tu dah 25 tahun sampai bila nak membujang. Lagipun orang yang merisik kamu ni kacak taw. kamu tak nak ke ? hihi"
Aku : "Kesitu pulak ibu ni . yelah-yelah nanti Ed fikir masak-masak , ranum-ranum lepastu Ed balik kampung ek ibu. Ibu Ed nak tidur lah, sampaikan salam Ed dekat ayah"
"Oh maiiii . Lagi seminggu kot nak balik kampung . Takutnya aku , ntah siapa la datang meminang aku ni . Main rahsia-rahsia pulak . perangai macam budak-budak . Tapi ibu kata hensem . teringin jugak nak tengok , mana tahu kot berkenan . haha . gatal pulak aku ni" Sejak terima panggilan dari ibu aku makin runsing memikirkannya . Luka 3 tahun lepas masih belum pulih , ditambah dengan cerita yang kudengar dari Soff kemudian ibu memberitahu tahu ada orang nak datang meminang aku. Meroyan dibuatnya aku nak fikir benda-benda tu.
.....................................
March 2011
Berkali-kali telefon ku berdering minta dijawab namun aku hiraukan dan terus menonton cerita Playful kiss dalam lappy aku. Malas aku menjawab panggilan tu walaupun aku tahu itu dari Soff. Hampir sepuluh kali berdering aku terus matikan telefon aku. Puas hati aku dan aku kembali melayan drama korea tu. Namun hati aku gelisah memikirkan tarikh harini 20 March 2011. Hari yang amat bermakna buat seseorang tapi menjadi hari yang paling aku benci .
Tiba-tiba bunyi loceng bergema di segenap ruang rumahku. Dengan malas aku mencapai cardigan dan tudung syiria aku menurun kebawah dan menyelak sedikit langsir untuk melihat siapa diluar. Kelihatan Soff yang berbaju kurung ditemani lagi seorang kawan baikku Naufal . Dengan berat hati aku membuka pagar dan mengajak mereka masuk. Adegan pujuk memujuk terjadi di ruang tamu rumahku. Dengan linangan air mata aku tetap dengan pendirianku untuk tidak mengikut mereka ke majlis pertunangan rakan sekelas kami semasa di sekolah menengah dahulu Rayyan.
Ketika itu kenangan-kenangan manis bersama Rayyan terus berlegar-legar dalam fikiranku. Rayyan adalah cinta pertamaku sejak aku tingkatan dua. Pada mulanya aku sangat bencikan dia sebab dia sering mengejek kawan aku ,Nina . Nina berbadan agak gempal dan selalu di ejek oleh Rayyan. Ntah bagaimana hati aku boleh terpikat dengan mamat tu dan hubungan kami makin akrab namun masing-masing tidak mengaku menyukai satu sama lain. terlalu banyak kenangan manis kami bermain difikiranku menyebabkan air mata aku membasahi pipi ta berhenti. Masih teringat SMS terakhir Rayyan dua hari lepas menyebabkan aku terus menyembamkan mukaku ke bantal kerana terlalu kecewa dan sehingga tertidur.
"Salam Ed, Rayyan ni . Rayyan nak bagi tahu something. Rayyan akan bertunang dengan kawan kuliah Rayyan ketika di asasi dulu . Rayyan minta maaf Ed , Rayyan tetap sayang Ed sebagai kawan"
Dalam dihujani dengan air mata aku mendapat panggilan dari boss aku Encik Adam. Aku segera meyeka air mata aku dan terus menjawab panggilan . Terperanjat aku apabila Encik Adam bertanyakan adakah aku setuju jika dihantar untuk bekerja di anak syarikat beliau di Australia selama tiga tahun. Tanpa berfikir panjang aku terus setuju kerana ingin membawa hati yang remuk berkecai. Aku tahu tindakan aku salah, aku sepatutnya berbincang dahulu dengan ibu dan ayah . Tapi.. disebabkan aku ingin melupakan apa yang terjadi hari ini , aku terus terima tawaran tanpa berfikir panjang. Hanya Soffea , Naufal serta keluargaku yang tahu aku akan menetap disana selama 3 tahun mulai minggu hadapan . Aku pergi dalam diam dan tertanya-tanya betulkah tindakan aku.
............................
Hari yang ditunggu-tunggu tiba . Aku mengenakan Abaya peach dan berselendang pink untuk disamakan dengan lace yang menghiasi abaya aku. Aku melihat jam di tangan sudah pukul 4 petang. Maknanya mereka sudah seharusnya sampai . Soffea yang sedari tadi sibuk menyiapkan aku kini beralih untuk memastikan hantaran tersusun rapi di atas katil . Aku yang serba tak kena ni ditenangkan oleh Naufal yang sedari tadi menjadi photographer tidak berbayar aku . hihi . Walaupun aku tidak tahu siapa yang meminang aku tapi aku akan menerima setelah aku yakin dengan jawapan yang aku dapat selepas mengerjakan Solat Istikharah selama tujuh hari berturut-turut. Aku juga memikirkan mamat ni mesti baik dan bagus agamanya , kalau tidak takkan ibu dan ayah akan menerima dengan mudah memandangkan ibu dan ayah sangat tegas dalam hal-hal begini sehinggakan aku tidak pernah 'couple' sepanjang zaman remajaku walaupun ada suara-suara sumbang yang selalu berkata "tak remaja la kalau tak pernah couple" , hah ! peduli apa aku. ayah aku dah warning awal-awal no couple before nikah.
Tepat jam 4.05 petang aku dengar bunyi kereta di laman rumah. Aku mengarahkan Naufal untuk menjenguk dan dia bagi tahu pihak lelaki dah sampai seraya itu dia terus keluar dari bilik. Kini tinggal aku dan Soffea sahaja. Ada lah dalam satu jam mereka membuat majlis syura siap berpantun bagai tiba-tiba pintu bilik ku dikuak. Hampir luruh jantung aku sebab terkejut. Rupanya ibu panggil untuk keluar pihak lelaki mahukan jawapan dariku. Ditemani ibu dan Soffea aku menuju ke ruang tamu dan duduk bersimpuh di sebelah ibu. Aku hanya menundukkan muka kerana malu dan aku cuba la jugak menjeling nak mencari bakal imamku . Haha. Apabila aku menyatakan setuju untuk bertunang wakil pihak lelaki datang kepadaku untuk menyarungkan cincin. Walaupun aku tidak kenal mereka namun hatiku tenang apabila meyatakan keputusanku . Aku yakin dengan qada' dan qadar Allah.
Selesai menyarung cincin tiba-tiba aku dengar suara yang datang ntah dari mana "ha, panggil mak ayah pihak lelaki masuk bergambar" . hah ? apa benda pak cik ni , kalau tadi bukan mak si lelaki tu , siapa yang menyarungkan cincin ke jari manisku tadi . Sudah .. apa pulak helah mamat ni fikir hatiku. Apabila masuk sahaja sepasang suami isteri bersama anak lelaki mereka aku merasakan jantungku berhenti mengepam darah ke seluruh badanku. Adakah aku sedang bermimpi , lantas aku mencuit Soff , "What happen dear ? please tell me". Soff menggenggam erat tanganku sambil berkata "I'm sorry darling , he ask us to keep this as secret. He love you, believe me"
.......................................
Sebulan sudah usia perkahwinanku. Aku menjalani rutin kerja ku seperti biasa balik lewat malam , walaupun suamiku sering merungut dan ada meminta untuk aku berhenti kerja , namun aku minta dia beri aku masa untuk membuat keputusan.
Kehidupanku selepas bergelar isteri indah-indah belaka semuanya . Hari-hari encik suami tak pernah jemu memberikan layanan seperti melayan seorang puteri. Aku senang dengan kelakuannya. Kadang kala aku merasakan aku ini seperti sedang melakonkan watak dalam novel. Suamiku sungguh romatik , setiap bait kata-kata yang dikeluarkan bibirnya manis-manis belaka semanis chocolate. Katanya dia mahukan cinta kami manis tanpa diabetes.
Lafaz sakinah yang suci itu masih terngiang-ngiang di telingaku setiap kali aku bersendirian. "Ahmad Rayyan Zikri bin Ahmad Kamal, aku nikahkan dikau dengan Edrina Marissa binti Elias dengan mas kahwin RM50 tunai"."Aku terima nikahnya Edrina Marissa binti Elias dengan mas kahwin RM50 tunai". Kuasa lafaz sakinah tersebut, kami berdua termasuk kedua ibu bapa kami mengalirkan air jernih dari sepasang mata. Aku seakan tidak percaya aku kini bergelar isteri kepada Ahmad Rayyan Zikri, lelaki yang berjaya mencuri hatiku ketika di bangku sekolah .
Walaupun aku bahagia hatiku kecilku masih belum puas . Ada sesuatu yang terbuku dihatiku yang perlu diberi penjelasan. Aku mencari akal untuk mengajak encik suami pergi bercuti ke resort yang selama ni aku idam-idamkan di Port Dickson. Jadi boleh lah aku korek rahsia dari suamiku.
....................
Terperanjat Rayyan yang sedang menonton perlawanan bola melihat isterinya turun dengan rambut yang kusut. "Sayang, sayang nak pergi mana pagi-pagi buta ni ? Sayang rindu abang ek?" Sempat lagi dia usik isteri kesayangannya itu.
"Tak lah abang, tolong jangan perasan oke. Tadi masa tidur sayang mimpi makan ais-krim sayang turun ni sebab nak cari ais-krim bukan cari abang pun" Ed meluru ke dapur dan mengambil ais-krim dari peti ais kemudian menuju ke arah suami nya.
"Eleh ta cari abang konon. Tapi datang bertenggek dekat abang jugak akhirnya" kata Rayyan sambil mengusap manja perut isterinya yang kian memboyot kerana usia kandungannya sudah mencecah 6 bulan. Ini juga menandakan sudah 4 bulan Ed berhenti kerja . Sejak dia disahkan hamil Rayyan berkeras menyuruh dia berhenti kerana bimbang akan keadaan isteri dan bakal anak mereka. Ed terpaksa akur kerana tidak mahu menjadi isteri derhaka.
Edrina disahkan hamil selepas sebulan mereka pulang dari Port Dickson. Sejak pulang dari percutian yang singkat tapi penuh makna itu juga rasa cinta dan sayang kian subur dalam diri mereka ditambah pula dengan khabar gembira yang mereka akan menjadi ummi dan abi tak lama lagi.
......................
Ed yang berteduh di bawah payung besar melemparkan pandangannya melihat teletah manusia bermain air. Ed sememangnya suka akan bunyi air dan ombak. Dia merasakan apabila dia melihat kebesaran kuasa Allah dan ciptaan-Nya yang indah dia berasa tenang. Segala kesibukan dan keletihan di bandar hilang ntah kemana.
"Hai adik manis, sorang je ke? Nak abang temankan? Hihi"
"Ish abang ni, terperanjat sayang . Kalau sayang kena heart attack tadi macam mana? Tak sayang kite dah la tu" kata Ed sambil mencebik bibir.
"Aish tengok ummi ni. Dia yang mengelamun dia salahkan abi pula. Ummi mana boleh tinggalkan kita kan ? Kita kan hero-hero ummi yang ummi perlu jaga" ujar Rayyan sambil mencium lembut ubun-ubun isterinya.
Sengaja Rayyan mengajak Ed bercuti di resort yang sama iaitu di PD. Namun kini mereka datang bertiga, putera sulong mereka Ahmad Aish Haikal bin Ahmad Rayyan Zikri turut dibawa bersama untuk meraikan anniversary mereka yang pertama.
Tempat ini menjadi saksi kepada luahan cinta Rayyan kepada Ed yang pastinya akan kekal di kotak memori mereka sehingga bila-bila. Mereka berdua termenung mengimbau kembali kenangan pertama kali mereka datang ke sini.
.........
"Abang, sayang nak tanya sesuatu boleh?"
"Tafadhol, sejak bila sayang perlu minta izin ni. Abang akan jawab kalau abang boleh jawab, jangan tanya soalan akaun sudah lah. Memang sah abang tak dapat jawab"
"Ish abang ni . Orang serious dia bergurau pulak. Abang, kenapa abang nak kahwin dengan sayang ? Dan kenapa abang putuskan pertunangan abang dengan kawan kuliah abang tu? Sayang tahu abang putus dengan dia dan mencari sayang selepas soff cerita dekat sayang"
"Itu je soalan sayang? Senang je jawapannya . Sebab abang sayangkan isteri abang yang comel ni laaa" sambil mencubit hidung mancung isterinya itu.
"Sakit la abang ni. Ish lain kali cubit la hidung sendiri. Tapi kalau abang sayangkan sayang kenapa abang bertunang dengan dia dulu?"
"Sayang, abang nak sayang tahu ni dan ingat sampai bila-bila ya. Sayang adalah cinta pertama abang. Abang sayangkan sayang dan memang berniat untuk menjadikan sayang yang halal buat abang. Tapi masa di kolej dulu abang dicabar kawan-kawan abang untuk try ngorat dia. Abang tak sangka abang berjaya. Yelah abangkan kacak, kan? Bila hubungan kami makin rapat abang terasa macam jatuh hati padanya dan dia mengajak abang untuk bertunang. Tanpa berfikir panjang abang setuju. Tapi makin lama abang makin sedar yang hati abang tak boleh terima dia. Abang sayangkan sayang. Abang berterus terang dengan dia dan dia rela melepaskan abang dan berharap abang dapat apa yang abang cari. Abang terus berjumpa dengan Soff dan Naufal tapi mereka beri tahu yang sayang dah terbang ke Australia sudah hampir 5 bulan. Masa tu abang betul-betul kecewa dan abang rasa berdosa sangat pada sayang sebab mainkan perasaan sayang. Bila abang tahu sayang dah pulang Malaysia abang pun apa lagi terus lah abang sambar puteri pujaan abang ni sebelum disambar orang lain. Hihi" begitu panjang lebar penjelasan Rayyan.
"Oooo. Tapi kenapa abang rahsiakan identiti abang?"
"Ish ingat dah habis soalannya. Abang rahsiakan sebab abang takut sayang tak dapat terima abang walaupun abang tahu sayang sukakan abang. Hihi. Abang percaya pada jodoh Allah, kalau dah tertulis jodoh kita di lulh mahfuz kita akan tetap bersatu. Abang juga redha kalau sayang tidak terima abang masa tu. Namun jawapan dari sayang tidak menghampakan abang. Abang seronok sangat bila dapat tahu sayang terima pinangan abang. Itulah kuasa Allah sayang. Walaupun kita berpisah dulu , tapi kita tetap bersama dan akan terus bersama hingga ke syurga In shaa Allah. Abang nak sayang tahu, abang sayang sangat dekat sayang. Sayang adalah puteri pertama dan terakhir untuk abang"
Tanpa sedar cairan hangat membasahi pipi Ed. Ed sangat terharu dengan kata-kata suaminya. Kini segala persoalan yang membelenggu dirinya terjawab sudah. Ed mencium tangan suaminya dan berjanji akan menjaga rumah tangga mereka.
.............
"Eh sayang dah nak senja ni jom lah kita balik bilik. Kesian Aish dia mesti nak menyusu."
Lamunan Ed tersentak apabila Rayyan mengajaknya pulang ke bilik. Ed terus mencapai begnya dan mendapatkan Aish dan mereka berjalan beriringan pulang ke bilik.
Ed dan Rayyan makin bahagia dengan kehadiran Aish. Mereka menghargai pengalaman lampau mereka yang mendidik mereka untuk lebih menghargai apa yang mereka miliki sekarang. Walaupun mereka terpisah buat seketika, tanpa disangka dengan kuasa Allah mereka bersatu dan hidup bahagia. Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan yang tidak ternilai buat mereka. Mereka berjanji akan menjadi ummi dan abi yang terbaik untuk Aish dan bakal adik-adik Aish.
..............The End..........
Maaf andai jalam cerita kurang menarik. Pertama kali mencuba. Di alu-alukan untuk meninggalkan komen-komen yang membina agar saya dapat perbaiki penulisan saya. Sekian wassalam.