Home

Tuesday, January 3, 2012

Isu Beg Sekolah Berat



Assalamualaikum .

Tadi lepas sembahyang subuh ta tidur balik . so tengok la tv . tengok MHI . hari ni MHI kupaskan isu pasal sekolah . banyak lah yang dikupaskannya . Antaranya , keselamatan anak-anak ke sekolah , makanan yang disediakan di kantin , beg sekolah anak-anak . Oke so , kalau tengok gambar korang boleh teka lah apa yang aku na kupaskan ye ta ? Aku hanya nak bercakap sebagai seorang pelajar sekolah menengah . Hanya na memberi pandangan .

Aku memang setuju dengan isu beg sekolah pelajar berat . Mereka hanya membahaskan tentang adik adik darjah satu yang baru masuk sekolah , tapi aku yang dah senior tingkatan lima ni pun merasakan beg sekolah aku berat . aku hanya dapat rasa beg sekolah ringan pada hari jumaat sahaja . sebab balik awal , so subjek ta banyak . dulu masa sekolah rendah aku tengok beg budak sekolah menengah macam tak ada isi je , so aku pun terfikir "maybe sekolah menengah belajar satu hari sikit kot subjek , sebab tu beg ta berat" rupanya apa yang aku fikir semuanya salah . lepas aku masuk sekolah menengah baru aku tahu , orang yang beg ringan tu ta bawak buku rupanya . haih~ punoh masa depan negara .

Buku teks memang tebal ! kadang2 aku terpaksa buat keputusan supaya ta payah bawak buku teks sebab ta larat na tanggung beg . kelas aku tingkat 3 , lepas tu na berjalan dari pagar sekolah ke kelas agak jauh . aku ni pulak jenis yang sistematik . aku suka sistem berfail . aku kurang suka aktiviti menampal kertas dalam buku . sebab aku akan gunting senget walaupun dah buat garisan dengan pensel . lepas tu nanti buku jadi kembung . so memang banyak lah fail aku sebab banyak kertas yang cikgu bagi aku letak dalam fail . fail aku ta bercampur lah . aku asingkan mengikut subjek ! kertas exam pun aku sediakan fail . satu tahun satu fail untuk isikan semua kertas exam . semuanya still ada kat rumah aku , diletakkan dalam stor . mak aku ta bagi buang selagi ta habis sekolah . oke berbalik pada isu tadi . kadang kadang beg sekolah aku dah penuh dan dah ta boleh na isi buku , so aku terpaksa bawa beg galas satu lagi na isi buku . *ala beg kain yang guna masa hari tanpa plastik tu* . so pagi pagi keadaan aku , galas beg sekolah , tangan kiri pegang fail , tangan kanan bimbit beg satu lagi . dah mengalahkan cikgu yang mengajar . cikgu tapa lah boleh bawa ipad je .

so , aku sangat lah setuju kalau ada locker dalam kelas . boleh tinggal buku teks . hanya bawa balik buku yang ada kerja rumah dan buku yang na di ulangkaji . Mungkin sesetengah pelajar takut buku mereka hilang . so , pelajar boleh buat pilihan sendiri sama ada na tinggalkan atau na bawa balik . kalau macam sekarang ta boleh tinggalkan buku dalam kelas . kalau cikgu ronda nanti cikgu rampas buku tuh . aih~ tapi aku ta kisah sebab aku ingat setiap tapak kita berjalan na pergi ke sekolah kita dapat pahala . mak aku pun selalu cakap , jangan merungut beg berat . lagi berat beg kita bawa lagi banyak pahala kita dapat . tapi kadang kadang aku TERmerungut jugak . hee~

No comments:

Post a Comment