Home

Monday, December 3, 2012

Pembelian Online

Assalamualaikum to my reader(s) . First of all , saya nak menyusun sepuluh jari nak memohon ampun dan maaf kerana dah lama ta update . so , sekarang dah habis SPM nak la kemas-2 blog nih . saya dah delete semua post yang "dolu-dolu" sebab na ubah cara penulisan blog . memandangkan sekarang usia dah menjangkau usia dewasa jadi saya nak lah jadikan blog saya ni tempat berkongsi ilmu dan berkongsi nasihat . Cukup setakat ni mukadimah dia , sekarang kita kembali pada tajuk .

Oke untuk permulaan ni , saya na kongsi tentang pembelian online . Saya pun baru-baru je lagi memanja-manjakan diri dengan dunia beli online nih . sebenarnya saya dah lama survey tapi ta berani nak mencuba , ye lah ada yang cakap nanti kena tipu lah , bla..bla..bla... tak dinafikan beli secara online nih sebenarnya ada risiko besar untuk ditipu , mungkin dari kualiti barang yang dihantar , dan pelbagai lagi . Jadi , di sini menjadi tanggungjawab kita lah untuk cari laman web yang boleh dipercayai . Kalau boleh , kita beli dari laman web yang disyorkan oleh rakan-2 kita atau kita cari laman web yang dah lama menjalankan perniagaan online dan menerima feed back yang baik dari pelanggan .

Sejak saya memulakan pembelian online nih , saya rasa lagi best dari shopping biasa-2 .
1. Sebabnya kalau beli online kita punya skop pembelian lebih terhad . contohnya kalau kita nak beli baju , kita akan buka laman web yang jual baju je , tadak la mata kita jeling-2 tengok benda lain . kalau pergi mall , habis semua rasa na angkut dari pintu depan sampai belakang . betul ta ?
2. Bagi saya kalau beli online nih kita lebih senang untuk buat perbandingan harga . bukak new tab jerh . kalau g shopping , nak kena window shopping dulu beberapa kedai lah , lepas tu baru decide kedai mana paling murah . renyah kan ?
3. Beli online nih lebih jimatkan masa , dengan beberapa klik ja dah beli , kalau shopping kena jalan jauh-2 sampai nak tercabut kaki . tapi itulah exercise , beli online nih boleh bina lemak *orang la kata* . hehe
4. Ada sesetengah pihak kata beli online nih mahal , tapi sebenarnya kita boleh cari harga yang berpatutan , mungkin kena tambah harga dekat postage je lah , tapi itu boleh dianggap harga minyak . so sama ja kan?
5. Beli online nih lebih banyak pilihan dan kita boleh dapat barang yang mungkin tak dijual di tempat kediaman kita .

Banyak kan benefit beli online nih ? tapi anda semua diingatkan , kita perlu berhati-hati masa nak beli tuh . kalau rasa ragu-2 better ta payah beli . oke sampai di sini saja post untuk kali nih . sekian , wasslam =)

2 comments:

  1. selamat berblogging kembali . haha . beli online , aku pernah cuba . alhamdulillah tak kena tipu . banyak kali jugak . cuma kena hati2 je la kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha , yeah . lama dah ta berblog nih . aku pun banyak jugak beli online . kat sini susah ar na cari barang best-2

      Delete