Home

Tuesday, February 19, 2013

Mimpi (-o.O-) #2

Assalamualaikum .

Hari nih aku na update pasal mimpi again . Sebelum semuanya bermula aku nak ucapkan terima kasih kepada readers blog aku sebab sudi bertandang di blog nih . wink wink . firstly , aku mohon maaf la atas keserabutan tajuk entry kali ni , banyak benor simbolnya . Meh na explain . Post ni bertajuk macam tu sebab aku terkejut dengan mimpi aku dan ini kali kedua aku mimpi benda yang sama . Oke , guys korang ada baca tak post aku sebelum ni pasal mimpi result SPM kan ?

Semalam punya semalam , aku lagi sekali mimpi pasal result SPM keluar . kali ni diumumkan di sekolah bukan di billion dah . diumumkan kat DTM (Dataran Tun Mahathir) . aku ta ingat sapa yang umumkan yang aku ingat ada kaunselor dan  beberapa cikgu . Dalam mimpi kali ni jumlah meningkat 16 orang dapat straight A mimpi sebelum ni 13 je . Dalam mimpi kali ni jugak aku dapat nampak beberapa orang yang dapat straight A tu . sebelum ni aku nampak 3 orang ja , kali ni lebih sikit 7 orang aku nampak . tak perlu bagi taw la sapa .

apa yang aku ingat dalam mimpi tu kami ramai-2 bertenggek atas stage DTM dan kat belakang kami ada ramai cikgu . Dalam masa yang sama kami semua pegang satu benda mcam fail . dan time tu aku godek-2 fail tu aku jumpa satu benda kecik dia tulis "Pelajar Cemerlang 7A" benda tu macam kupon or tiket masuk or kad undangan untuk jamuan makan kepada pelajar cemerlang yang dapat 7A dan keatas lah . Lepas tu ada budak laki dok sebelah aku dari kelas sains sibuk dok isi borang . tapi aku tataw borang apa sebab dalam dunia realiti aku ta rapat dengan dia so aku ta la bertanya dekat dia dalam mimpi tu .

Masa kami semua berkumpul ada seseorang dok mundar mandir dengan tengah bercakap di telefon bimbit dan memakai baju batik . Dalam mimpi tu aku nampak dia macam orang PPD tapi aku ta sure lahh . END mimpi aku tergantung cenggitu je .

Btw , aku ada share bende nih dekat kawan aku sebab dia kata dia ada baca pasai post mimpi aku tu . So , dia cakap dalam Islam ni mimpi terbahagi kepada beberapa bahagian dia ada dengar ustaz cakap tp dia ta ingat dah . Jadi aku pun meng'google' lah . hasilnya aku dapat mimpi terbahagi kepada 3 bahagian .

  • Mimpi dari Allah SWT iaitu mimpi yang baik untuk dunia dan akhirat merupakan khabar gembira atau suatu peringatan daripada Allah SWT supaya tidak melakukan maksiat terhadapNya.

  • Mimpi daripada syaitan iaitu mimpi buruk yang tidak menyenangkan seperti kedatangan malapetaka, musibah, permusuhan, kesedihan, kesengsaraan, kemelaratan, penderitaan dan sebagainya.

  • Mimpi yang dipengaruhi oleh keadaan diri seseorang itu sendiri umpamanya bermimpi makan ketika keadaan diri sedang lapar atau ketika dalam keadaan kenyang bermimpi termuntah atau salah satu anggota tubuh sedang sakit dan bermimpi dianiaya orang dan sebagainya. Mimpi seperti ini tidak mempunyai erti sama sekali.
Sabda Rasulullah SAW
“mimpi itu ada 3, mimpi dari Allah SWT ( mimpi yang baik ), mimpi daripada syaitan (mimpi buruk) dan mimpi daripada dirinya yang kerana terjadi sesuatu kemudian dia bermimpi "

kawan aku cakap dia anggap mimpi tu mimpi dari Allah yang akan bawak berita gembira . Aku jugak mohon macam tu semoga ada berita yang menggembirakan di kemudian hari . Aminn :D kat sini aku nak kongsikan Hukum orang menipu mengenai mimpinya ialah berdosa/Haram . So , aku bercerita ni semua apa yg aku mimpi . takde tambahan kurangan mungkin ada sebab ada beberapa aku lupa sikit .

No comments:

Post a Comment