Home

Saturday, July 13, 2013

In shaa Allah

Assalamualaikum .

Alhamdulillah dah 4 hari kita sebagai umat islam menjalankan tanggungjawab kita iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan . Ini pertama kali aku berpuasa tanpa keluarga . Makan pun ala kadar je na jimatkan duit . Tapi dalam u ada bazar dapat la jugak merasa suasana berpuasa tu . Hihi . Oh yaa lupa na minta maaf . Hee maaf lama ta update . Sekarang dah sibuk test mid sem dah dekat , quiz , assignment dah kena submit . Kadang-kadang tu tension jugak , tapi dah tugas sebagai pelajar kena la belajar . Hihi .assignment elc aku banyak menggunakan internet so memang ak rasa tercabar la bila dapat online tp ta boleh bukak fb , twitter semua . Kalau aku bukak ta berjalan la kerja aku . Phone pun aku selalu letak jauh bila na study , kalau dia bunyi sekalipun aku rasa malas na g amek so tade la aku texting masa tgh study . *adik-2 ambik tips ni . Haha

Kenapa tajuk ni lain je dari yang lain ? In shaa Allah an accountant to be . In shaa Allah 4 more sem to graduate , and the most important In shaa Allah a better muslimah to be . I'm give all my hope to Allah Alhamdulillah he hear my little voice in my heart . Dalam usaha aku untuk menunaikannya Alhamdulillah Allah hadirkan orang-orang yang baik untuk membantu aku . Makin ramai orang yang sebegitu hadir di depan mata aku menyebabkan terdetik di hati aku "cantiknya depa , tenang ja muka , aku bila lagi ? Na tunggu nyawa na keluaq baru nak berunah?" selepas lahir ja kata-kata tu aku terus tengok pakaian aku . Oh tudung dah tutup dada tp kan lagi manis kalau dilabuhkan lagi .

Benda yang aku teringin sangat bila masuk U adalah na join usrah. Alhamdulillah aku dah join dan dah dapat kak naqibah . Aku dapat roomates yang rajin ke pusat islam , jiran sebelah pun selalu join , classmate yg bertudung labuh membuatkan mereka menjadi inspirasi aku . Betul pesan ustaz kalau kita na berubah doa lah banyak-2 supaya Allah hadirkan orang yang betul untuk bantu kita . Allah hadirkan kak wana yang banyak bantu aku dan bagi semnagat juga nasihat . Aku rasa cemburu bila tengok mereka menutup tubuh mereka dengan sempurna dan aku rasa malu dengan apa yang aku pakai .

Tapi , dalam usaha kita untuk berubah kita ta boleh lakukannya dengan drastik . We've to go step by step . Aku mulakan dengan menjinakkan diri aku untuk pakai stokin dan handsock . Kemudiaan aku menarik sedikit demi sedikit inner neck aku supaya dapat tutup dagu . Aku cuba untuk memakai kain Kalau pakai tshirt atau blouse muslimah . Dan sekarang aku dah ta membutterfly kan tudung aku , aku cuba sedikit demi sedikit untuk labuhkannya . Aku harap aku istiqomah dalam berpakaian begini .

Dah memang lama hadir dalam hati kecil aku untuk berubah . Ya dulu aku pernah bertudung labuh tp setahun jer . Lepastu aku pendekkan balik . Aku harap kali ni biarlah dia labuh sehingga akhir nyawa aku . Aku minta sepupu aku yang di mesir untuk belikan tudung mesir untuk aku . Aku minta dia beli bidang 50 . Than ak Tanya , kak na beli bidang berapa ? "kak na suruh pak arab tu potong antara bisang 50-55 . Ah kena pakai tau" in shaa Allah ah pakai . In shaa Allah Ramadhan kali ini aku akan berubah . Terima kasih ya Allah . Ustaz tirmizi ada cakap berlipat kali gandalah pahala seorang anak yang mengembirakan ibu bapanya tambah-tambah di bulan ramadhan . Tapi aku belum bagi tahu mak ayah aku lagi , dengan harapan deme baca blog titeww . Heee malu :) aku rasa cukup setakat ini , doakan aku istiqomah dengan keputusan aku . In shaa Allah . Ya Allah kau kuatkanlah hati hambamu ini untuk terus berada di jalan mu dan kau permudahkanlah segala urusan aku . Amin ya rabbalalamin .

No comments:

Post a Comment