Home

Saturday, November 9, 2013

Motivasi Diri

Assalamualaikum

Ya Allah , lamanya ta update . kemana menghilang ? ada jaa actually . Final exam dah habis sekarang sem break . dah 4 minggu dah pun cuti nya , tinggal lagi 2 minggu . Sedih kott . Ya Allah kuatkanlah aku untuk tempoh sem depan . sebab cuti lama jadi rasa tamaw balik U tu macam masa mula-2 na masuk U . haha , terok di situ . Sebenarnya dalam kepala ni banyak cerita nak dikongsikan bersama , tapi bila dah ta taip lupa laa . So , hari ni na menaip , sementara tunggu buffer RM jadi memanfaatkan lah masa . hee . Hari ni nak bermotivasikan diri kalian dan diri ana juga . Walaupun ilmu belum banyak tapi ta salah untuk berkongsi . kalau na tunggu banyak ilmu baru nak berkongsi , alamatnya ta tersebar lah ilmu tu .

1. La tahzan - Jangan bersedih
Peringatan buat semua dan diri sendiri ini paling penting kena ingat . Bila Allah berikan kita kesedihan hanya Allah yang boleh menggembirakan kita semula , manusia hanya hadir untuk sementara . faham tak ? Sebagai contoh , mungkin adik-2 yang sedang berjuang SPM ni nanti akan dapat keputusan In Shaa Allah tahun hadapan . contoh , result adik ta sehebat kawan-2 adik , ta secemerlang , gemilang , terbilang macam kawan-2 adik , adik rasa sedih di saat mereka meraikan kegembiraan . Adik kena ingat ini mungkin bukan rezeki adik lagi , mungkin ada hikmah kenapa Allah ta nak bagi . Result ta berapa elok itu dugaan dari Allah result cemerlang itu pun ujian dari Allah . yang kurang bernasib baik , Allah nak tengok sejauh mana kita akan berusaha memperbaiki diri kita , untuk yang bernasib baik Allah nak tengok sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat-Nya . Sebenarnya , Allah sayangkan kita , Allah nak dengar hari-2 kita berdoa padanya , kalau result adik ta elok sebaiknya adik luahkan pada yang maha Esa . Jangan pernah rasa marah pada Allah , kata Allah ta adil . Ingat ! kita merancang Allah yang menentukan dan sebaik-baik rancangan adalah rancangan Allah . Akak pun dulu merancang itu ini , apply sana sini selepas SPM , tapi bukan rezeki , rezeki akk di UiTM . jadi akak redha dan akk tahu perancangan Allah itu lebih baik , mungkin ada hikmah di sebalik semua ni . Niat akk belajar adalah untuk menuntut ilmu dan akak hanya belajar untuk habiskan diploma akak , apa akak akan buat selepas ni akak serahkan pada Allah untuk menentukan segalanya .

2. Aurat Wanita
Dah ramai orang sentuh mengenai aurat nih tapi masih kurang kesedarannya . Ta dinafikan juga sudah ramai yang berubah memakai mengikut syariat . Wahai kaum hawa sekalian ingatlah jika kita mendedahkan aurat , memakai pakaian yang ketat kita diumpakan tidak memakai apa-2 . Cuba bayangkan jika anda tidak memakai apa-2 dan keluar di khalayak ramai . Malu tak ? mesti malu kan ? Jadi janganlah berpakaian tidak mengikut syariat . Pakaian yang betul-2 mengikut syariat ialah apabila pakaian yang kita pakai itu terus boleh dibawa solat . Sebelum keluar rumah jom kita cek diri kita :
1. Pakai pakaian yang longgar dan tidak jarang
2. Pakai stokin
3. Pakai handsock
4. Pakai seluar yang tidak menampakkan bentuk kaki (lebih manis pakai kain)
5. Tudung labuh menutupi dada dan kalau boleh biar tutup punggung
senang je kan ? saya perhatikan sekarang ramai yang suka pakai tudung bawal dan tidak pakai anak tudung . Sayang , kalau macam tu belum tutup aurat namanya sebab orang boleh nampak rambut awak , saya syorkan pakai anak tudung dan pakai inner neck sebab tudung bawal sekarang jarang , leher itu pun aurat . jangan lupa tutup dagu kita :) banyak dah sekarang orang jual penutup dagu , tapi saya lebih senang pakai inner neck dan tarik ke depan so boleh tutup dagu terus , jimat ! . hehe . Ingat ye kaum hawa sekalian fitrah wanita ni tertutup . jadi tutuplah dan berhiaslah hanya untuk suami mu . Kita juga tidak digalakkan memakai warna-2 yang striking kerana boleh menarik minat lelaki untuk memandang . kita digalakkan memakai warna hitam , biru gelap , coklat gelap . memang warna-2 gelap ta cantik tapi ingat , warna-2 ni tak menarik minat lelaki dan tidak menaikkan nafsu mereka . Perempuan yang baik adalah perempuan yang tidak memandang dan tidak dipandang . marilah kita bersama-sama berusaha mencari Redha Ilahi .

Sekian , Wassalam :)

2 comments:

  1. im trying to change myself . be a good muslim :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur . Let's fighting on our way to become muslimah solehah .

      Delete