Home

Saturday, December 7, 2013

Hidayah itu milik Allah

Assalamualaikum .

Allahu lama dah ta menaip . Sayang jejari runcing ni takut sakit nanti . hehe . Gurau jee . Sebenarnya dah mula kehidupan semester dua . dah jadi senior :D :D Alaa , senior sama umur je pun , ta de makna sangat pun . Banyak benda yang ana ta rasa masa semester satu dapat dirasakan masa semester ni . Walaupun baru dua minggu menjalani kenhidupan untuk semester tapi rasanya terlalu banyak kenangan manis dan rasa macam na rakam setiap detik bersama kawan kelas . sebelum ni memey la ta berapa na sayang sangat . ye lahh semestinya lah lebih sayangkan kawan yang kita dah berkawan lebih dari 5 tahun tu kan ? Tapi kami serasi bersama , sem ni kami pakat semua ambil sekelas dan baru 2 minggu bersama kasih sayang tu dah mula berputik .

Terasa ukhwah kami sangat erat . Boleh dikatakan every single things kitorang buat bersama . Tapi dengan geng perempuan je lahh . Boleh dikatakan everyday akan makan bersama , meja je asing-2 sebab ta muat . hehe . Kalau gap kelas pun kami pergi lepak sama-2 . Hari first kuliah pun kitorang dah keluar pergi beli barang bersama sebab petang takde kelas . Tambah pulak sem ni ana duduk sebilik dengan classmate ana , dan kami tinggal berdua so memang bilik kitorang dijadikan port untuk menghabiskan masa la ye la kalau bilik diorang ada roomate so nanti ganggu kan ? bilik kami ni kami-2 je . Selalu la buat discussion and study group dalam ni . Selalunya diorang bawak makanan , murah rezeki kitorang Alhamdulillah . But for me the best part is kami pergi majlis ilmu bersama-sama . Itu lebih bermakna dari segalanya .

Minggu pertama hari khamis tu ana dapat text dari ukhti Aiza( kakak usrah ana ) ada majlis di PI . Lepastu tanya Aiman , dia pun dapat dari kakak usrah dia . So kami pakat na pergi sekali tapi kami pergi berempat , Ana , Azua , Dania and Aiman . Banyak ilmu yang kami dapat , banyak manfaat . Malam tu kami dengar perkongsian cerita seorang hamba Allah yang baru berhijrah . Allahu Akbar bila muhasabah diri sayu hati , berhari-hari menangis sedih dengan diri sendiri .18 tahun hidup jahil . Andai takdir diri menghadap Ilahi ketika usia 20 , hidup 18 tahun leka dengan dunia dan hanya 2 tahun mencari Redha Allah . Tapi better late than never right ? Bila ana update di wechat tentang usrah petang tu ramai classmate ana berminat . Alhamdulillah . So , minggu kedua kami pergi berjemaah . Minggu ni ada Qasidah dari fathul Mubin . Ya Allah , seronoknya bersama kawan-2 penuh semangat berselawat ke atas Nabi , meriah sangat . Rugi sapa yang ta pergi dan berselawat bersama . Memang ta dapat na gambarkan , hati rasa seronok sangat bila tengok kawan-2 bersama-sama ana mencari ilmu agama . hari Jumaat kami pergi dengar program Nur Kasih ala-2 Fiqh Wanita gitu . Tajuk nya aurat wanita , banyak ilmu baru :)

Alhamdulillah apa yang ana na buat lepas raya hari tu dah tercapai walaupun agak lewat . Alhamdulillah dikelilingi oleh rakan-2 yang memberi semangat dan keluarga yang menyokong dari belakang . Alhamdulillah juga sem ni dah boleh lebih berdikari (setakat ni la) dah jarang balik . Perkara yang menjadi kekuatan ana untuk tinggal di sini adalah Hati dan kawan . Kawan sentiasa teman . Dan yang paling penting sebab na hadiri program-2 yang penuh barakah . Kalau balik every week ta dapat la na join kan ? Sem lepas malu sebab kakak usrah ta kenal kite , sebab ta pernah pergi . sem ni Alhamdulillah dalam seminggu banyak kali jumpak . Aktiviti lepas ni In Shaa Allah kami akan pakat dengan classmate untuk join Running Camp 13-15 Disember di Lumut . In Shaa Allah kalau tada aral kami akan pergi berjemaah lagi :) itulah indahnya persahabatan . Ukhwah Fillah

Nota kuku : Tujuan post ini dibuat bukan untuk bangga diri , bukan untuk menceritakan perkara baik yang kami lakukan . Perkara ni sepatutnya dirahsiakan . Tapi sebetulnya ana ingin panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kurniakan sahabat yang boleh memimbing ana dan menjadi tiang untuk ana berpaut dikala ana kesedihan dan keresahan . Teringat semasa ana menitiskan air mata di PI Aiman mengusap lembut peha ana untuk meredakan kembali . Dengan menitisnya air mata itu membuatkan ana berfikir ta cukup rasanya jika hanya tutup aurat dengan sempurna tapi hati yang kelaparan dan dahaga ini tidak diisi . Bagi ana air mata itu menjadi turning point dalam kehidupan ana . Hari ni biar ana ukir di sini matlamat hidup ana , sebelum ni ana hanya bercerita pada kak wana . Sebelum ana menghadap Ilahi ada beberapa perkara yang ana ingin lakukan :
1. Menunaikan Haji dan menjejakkan kaki di rumah Allah
2. Menjadi Aktivis membantu saudara Islam ,ana bukan dari keluarga hartawan , ana juga bukan seorang ilmuwan. Jadi ana ta nak mengsia-sia kan kudrat yang Allah berikan pada ana . ana akan cuba manfaatkannya .
3. Mencari ilmu agama dan sebarkannya supaya menjadi saham untuk dibawa menghadap Ilahi .
4. menghabiskan saki baki kehidupan untuk mencari Redha Allah dan leka dengan cinta Ilahi .
Terlalu banyak kekurangan dan kelemahan diri ini . Harap sangat ketika berpisahnya roh dari badan buat selamanya ketika itu ana berada dalam keadaan yang diredhai . Sebelum berhijrah perkara yang sering keluar dari mulut "aku ta nak mati lagi aku ta kawen lagi" . Tapi kini tidak lagi . tapi ana tetap berharap ana pergi semasa bergelar isteri kepada zauji ana . ana ta ingat apa kelebihan orang yang meninggal dalam keadaan bergelar suami isteri ni . Asif , nanti kalau ana jumpa ana kongsikan ya . Buat ukhti dan akhi di luar sana , jom kita cari Redha Allah , Mati ta mengenal usia dan masa .

kata akhir dari ana . "Kita ta perlu belajar cara uruskan masa lapang, tapi jom belajar cara uruskan sisa masa kita di atas muka bumi ini" Faham ? cuba renungkan mungkin ini akan membuka mata ukhti sekalian kerana perkara ini juga yang membuka mata ana . Ingat usaha untuk cari Hidayah Allah ! semua orang mampu berubah ! Jangan Jadikan kisah lama sebagai alasan sebaliknya jadikan sebagai pembakar semangat untuk kita berubah , cari kawan yang boleh bimbing dan bantu kita , Tapi jangan tinggal kawan yang belum dapat hidayah , tarik dia dan berdoa agar Allah buka pintu hatinya .

Cukup coretan panjang bejela ni . "Mati itu pasti , masa sahaja yang berbeza" . Wassalam . Sebelum tidur amalkan surah Al-Mulk , Ayatul Kursi , 3 Kul dan Al-Fatihah . Pagi dan petang amalkan Al-Mathurat . Amalkan Surah Yasin saudara , banyak fadhilatnya . Read Al-Quran EVERYDAY ! Yang baik itu dari Allah , yang salah itu dari ana hamba yang masih tercari-cari .

No comments:

Post a Comment