Home

Monday, December 31, 2012

Hantu Pokok

Assalamualaikum .

Oke semalam ada baca kan post leha yang bertajuk Miss tu kan ? kan ? . kalau ta baca lagi mohon pergi baca . Memandangkan semalam tahap rindu dekat kawan-2 membuak-buak . So , aku pun mengaturkan sesi meng;flash back' memori zaman sekolah dulu . cewahh ! ayat macam lama giler tak sekolah . Haha . lupakan~ Semalam di facebook aku PM dengan lim , untuk korek balik moment-2 nakal zaman sekolah . Di twitter bertwitt dengan classmates aku Cincai, AJ , Din , Nadia and Neby . oho , banyak sebenarnya cerita terungkit . hantu pokok ! belacan ! habit hari isnin ! Sebenarnya bukan ni niat aku nak menaip . oke kembali pada tajuk .

Oke cerita hantu pokok ni bermula lepas trial . tarikh aku ta ingat . Location dalam kelas semasa tengah belajar agama . Oke ! sekolah kami ada buat surau baru yang sangat cantik macam RnR . So , disebabkan dah habis semua tajuk , ustaz just bagi soalan-2 trial negeri lain untuk buat dalam kelas . disebabkan tahap kemalasan melampau kami buat group sembang . Nakal nya . Cerita hantu pokok bermula .

Naemah : Wei , depa tebang pokok na buat surau tu tadak hantu ka ? kawasan tu kan keras .
Aku : A'ah laa . kan kita sendiri pun ta berani nak lalu situ . sat lagi depa dok tebang tak pasai jadi histeria .
[ aku ta ingat dialog lepas ni , sebab ta ingat sapa yg menyampuk ]
Naemah : Hang cer tanya ustad .
Aku : hang la tanya ., hang kan tataw malu . HAHA
Naemah : Wei ecah , hang tanya ustad sat .
Aqilah : Mai aku tanya . [tapi dia ta tanya jugak]
[ustad berjalan ke belakang menghampiri kanak-2 yang bersembang itu]
[aku ta ingat sapa tanya tapi soalan dia "ustad depa tebang pokok tu tadak hantu ka?"]
Ustad : HAHAHAHA
Aku : kenapa ustad gelak ?
Ustad : Hantu nih dia memang dok dekat pokok , dia menumpang kat pokok .
Naemah : Dah tu depa tebang ni dia ta marah ka ? dia nak p mana ?
Ustad : Dia pindah la pokok lain .
Aku : Dia nak p mana ustad ?
Ustad : Dia p la kat pokok lain , tu kat asrama banyak pokok .
Aku : Haha . habihla hampa dok asrama nanti hantu kacau .
Naemah : tapa nanti aku tengok hantu tu [aku ta ingat dialog ni]
Naemah : ustad kat pokok bunga ada hantu dak ?
Ustad : Ada , kat pokok bunga anak hantu duduk .
Aku : Dia makan apa ustad ?
Ustad : tu yang kita dok siram ayaq kat pokok .
Aku : Oh kiranya hantu minum ayaq , lepas tu dia makan baja ?
[ HAHAHAHAHA ketawa menguasai keadaan ]
Naemah : oh kiranya kat pokok bunga pun ada hantu lahh
Aku : balik ni saya nak buang semua pokok kat rumah saya la . nanti hantu mai . tapi nati panas pulak rumah tu tadak pokok
[sekali lagi ketawa menghantui kelas .]
Ustad : Hampa dok sembang hampa buat dak lagi kerja saya ni ?
Kami : hehe , ada la sikit .

Oke . habis cerita hantu pokok ! bye !

No comments:

Post a Comment