Home

Monday, January 21, 2013

Minor Surgery

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan lancar . Hari ni , pagi tadi aku menjalani minor surgery . Aku sakit ape ? Aku ta sakit pun . Aku kena buang gigi bongsu jerh . Masalah gigi bongsu terimpak . Gigi tu akan sakit on and off , bukan all the times . Dan gigi tu menganggu gigi lain . Sebab tu perlu dibuang . Jika ta dibuang , dia akan memudahkan makanan tersangkut dan dia akan menanah . So , lagi la teruk kan ? Sebenarnya gigi aku tumbuh masa form 4 . Bila dah tumbuh masih sakit , so pergi klinik . Doktor x-ray baru perasan dia senget . Tapi dia dah tumbuh dengan comel nya kat situ . So kalau na buang memang kena operate . So doktor ta nak buat , dia suruh tunggu lepas SPM . Tak lama lepas tu gigi belah kanan sakit . Tapi time tu doktor dapat syak gigi tu senget . So langkah selamat doktor cabut gigi graham atas . Jadi gigi tu dapat lah tumbuh dengan lebih comel .

So , sehari lepas SPM mak aku bawak aku g cek kat klinik kesihatan . Than diorang rujuk kes aku ke doktor pakar goverment . Masa aku g klinik swasta pun deme suruh rujuk kerajaan . So appoiment kali pertama sembang-2 and na buat xray . Tapi mesin rosak . So , next appoiment iaitu hari ni aku pikir na buat xray . Sebab diorang ta inform apa-2 pun . Bila dah sampai giliran aku , aku masuk . Tengok-2 semua alat dah ready . Weih , cuak giler kot . Aku memang ta ready apa-2 . Aku pun buat muka rilex duduk jerh dan aku pasang telinga masa doktor terang dekat mak aku risiko dia . Oh , serius takut !

Sebelum operation , doktor yang handle kes aku tu bentangkan kes aku dekat doktor yang terlebih pakar . Time tuh ramai doktor ngan misi keliling aku . Oh , takut sangat . Diorang cucuk ubat bius kat aku ada la dalam lima jarum . Separuh mulut aku kebas . Lepas tu dia tampan mulut aku dengan apa ntah , benda tu getah na bg aku nganga mulut . Aku ta tengok langsung barang-2 yang diorang na guna . Kalau aku tengok confirm aku nak lari balik . So masa operation tuh ada dua orang doktor yang buat . Oh wei , doktor tu gerudi gigi aku , dengar bunyi pun ngilu . Tapi aku boleh tahan la jugak . Lepas dia gerudi , dia tolak gigi aku ngan apa ntah . Ya Allah wei , sumpah sakit gila . Aku menangis kot , tatahan sakit sangat . Lepaa tu sebab diorang tengok aku teruk sangat diorang tambah lagi ubat bius . Ada la dalam lima jarum lagi . Time tuh badan aku dah menggeletar dah berpeluh . Nurse kat situ amek kipas letak kat aku , swjuk balik aku .

Like always la , selama ni kalau tampal gigi ka , cabut gigi ka memang aku selalujerit dan tepis tangan doktor . Tapi kali ni akuvta mampu . Mula-2 aku keluarkan air mata ja , lama-2 makin ta tahan tersedu-sedu la aku . Aku cuba jugak lawan , guling-2 kan badan aku kiri kanan kiri kanan . Nurse tu pujuk aku suruh lembutkan badan . Huh ! Than cakap gigi dah nak keluar . Disebabkan ubat bius banyak sangat aku ta rasa sakit dah masa diorang bawak keluar gigi dan jahit gusi aku . Lepas jahit mulut aku dicuci . Lepas tu aku makan ubat tahan sakit . Masa doktor letak ubat kat tangan aku , baru aku sedar tangan aku pucat gila . Sempat pulak doktor tu buat lawak dia suruh aku simpan gigi bawah bantal nnt dapat duit banyak . Aku just senyum sikit ja . Aku pun usha la gigi aku , oh dipotong tiga bahagian . Kesian dia . Lepas sejam setengah operation kami pun balik .

Aku belek mulut ak , oih banyak jugak luka . Bibir ak pun luka . Mungkin effect operate tu kott . Aku na tgk jahotan tu tapi ta dapat , sebab dia jahit dengan pipi sekali , aku nampak benang ja . Aku ta boleh makan benda panas dan keras . Aku makan bubur dengan kek ja . Tu pun ta gigit langsung , main telan ja semua . Air pun kena minum guna straw . Huhu . Walaupun sakit , tapi bagi aku ini lah pengalaman yan aku ta kan lupa . Thanks Allah for save me , thanks doktor yang dah berjaya keluarkan aku , thanks to my parents yang menyediakan makanan yang aku boleh makan .


keadaan gigi aku yang macam no 3 dari kiri . Yang horizontal tu .

No comments:

Post a Comment