Home

Sunday, February 17, 2013

Mimpi (-o.O-)

Assalamualaikum .

Semalam punya semalam atau lebih sopan dua malam lepas aku dapat mimpi indah dan bahagia tapi sedikit pelik . Jadi aku rasa aku nak kongsikan keindahan kebahagiaan dan kepelikkan di sini . Ye lah , blog ni lah tempat mengadu kan ? kan ?

Aku mimpi SMK Seri Perak iaitu tempat aku menuntut ilmu selama lima tahun telah berjaya membuat kejutan . Seramai 13 orang pelajar sekolah tu mendapat Straight A . Hebat kan ? Walaupun pengetua target 10 orang tapi ternyata hasilnya memberansangkan . 13 orang dapat weii . Aku dapat dengar pengetua umumkan 3 nama yang dapat straight A tu dan ketiga-tiga tu perempuan . Mana lagi 10 ? erm , ta sempat na mimpi lahh , mak gerak bangun sembahyang subuh .  Tapi yang peliknya pengetua umumkan dekat Billion( pasaraya di Parit Buntar ) . Mana pi sekolah kami ? aih~ mimpi lah katakan .

Bahagia kan kalau mimpi nih jadi kenyataan ? Aku harap mimpi ni satu petanda baik untuk sekolah dan diri aku jugak . Ya Allah , aku bermohon padaMu agar apa yang dimimpikan ini benar-benar menjadi kenyataan . Amin .

Inilah yang dinamakan debaran na tunggu result SPM . sampai terbawak-bawak dalam mimpi . Puncanya sebelum aku tidur aku kira berapa hari lagi na keluar result :D . ta sangka terus mimpi . Mintak-2 jadi kenyataan . :D

2 comments: