Home

Friday, March 22, 2013

21 Mac 2013

Assalamualaikum .

21 MAC 2013 merupakan tarikh keramat bagi batch 95 . 21 Mac 2013 jatuh pada hari Khamis merupakan tarikh result SPM keluar . waaa~ meningkat kan berita kata ? Tahniah ! Tahniah kepada semua calon yang mendapat keputusan result yang cemerlang , terbilang dan gemilang . kepada yang kurang bernasib baik , tak pe jangan putus asa . usaha lagi . SPM permulaan kita , dekat U kita struggle lagi :D . boleh kan ? ya saya calon SPM 2012 jugak . meh sini na cerita kat hampa debaran na ambik result !

Hari Isnin , Selasa , Rabu tuh ada perlawanan netball dekat sekolah kami , so aku dengan kawan-2 aku p la menyokong . Hari first aku lupa pakai sunblock balik rumah gelap teruih -.- Malas tu pakai mask watson bagi muka lembap balik . Cikgu-2 yang terserempak aku dok kata "hampa mai buat apa ? mai hari khamis , result keluaq khamis" . Bhahaha . Hari Rabu aku jumpak cegu sabihah , dia kata "awat tembam sangat ? awat gelap sangat ?" aku gelap sebab berjemur , aku tembam sebab dok rumah dok saja . Bhahaha .

Malam rabu tu aku ta senang duduk la . aku keluaq ngan mak ayah aku , aku pakai kain peplum warna merah , baju muslimah warna pink pastu pakai tudung yang kain jeans tu . aku tengok cermin dari atas sampai bawah "oh macam kartun" aku masuk bilik amk aku "ummi ada tudung lain dak ? adik rasa adik macam kartunla" mak aku kata "hang taw tapa" aku pakai la tudung hitam . tada la kartun sangat . Malam tu kami p mana ? jup lagi aku bagi tahu :D Dar malam tu aku ta makan wei , takut gila . ta boleh tidur . aku online jaa . Mak cik aku suruh tidur . tapi aku ta nak . at last mata ku merah mengantuk , aku tidur laa

Bangun pagi . Ya Allah ! Result keluar hari , ta keruan aku jadinya . aku terus main farmville . Bhahaha . lepastu rasa masa lambat sangat berjalan . pukul 9 aku p mandi . lepastu aku rasa aku mandi lama dah aku keluaq la , sekali tengok jam baru 9.05 . aiseyy sat gila mandi . lepas iron baju ayah dok tanya "bila na p amek" stress aku dengar . aku pergi rumah syipak sebab janji na g dengan dia . sampai rumah dia , dia ta siap lagi . masa dia tengah siap mak dia kol bg taw dia dapat 9A1B+ . dia nanges kott ! aku lagi ta senang duduk takot kott . aku hantaq sms cek . tp besa la lambat reply . lepastu neby kol aku cakap dia sampai dah . aku terus p sek , sbb syipak na p ngan mak dia pulak . aku sampai cegu bg taw 4 orang ja straight A . 3 orang dah comfirm taw , just sorang ja kami tertanya-tanya . for sure aku taw la aku ta termasuk .

Dalam pukul 10.40 lebey aku dpt sms result aku . sobsob aku menanges . aku dapat 3A+ 3A 1A- 1B+ 1B . aku takut gila B aku tu bi . so aku pun menanges sat , kawan-2 aku pujuk la aku . aku kol mak aku , mak aku kata dia otw . aku nanges sat ja pastu aku bergelak-gelak balik . lepastu kami g DTM cegu suruh berkumpul . Masa nama aku panggil aku naik pentas teacher aku tolong pegang dulang sijil . Dia kata "salehah , tahniah saya takut BI kamu B" pengetua kata "tahniah! tahniah! bagus ni" aku belek result aku BI aku A . waaa Alhamdulillah aku teruih p kat teacher salam ngan dia , na peluk ta boleh dia pegang dulang . turun pentas melompat la aku BI A , takut weii . Alhamdulillah aku bersyukur gila ! even aku ta dapat A LURUS tapi aku syukur sangat-2 dengan apa yang aku dapat . Lepas habis semua ada sesi bergambar . time tuh la berpeluk-peluk dengan cekgu semua . terima kasih untuk semua cikgu . mak aku pun jumpak cikgu . the best moment junior-2 aku datang tengok result . aku rasa terharuu sangat . aku paham perasaan diorang , dulu aku dok belek result senior , sekarang depa pulak . aku paham perasaan senior aku yg dulu . rasa seronok kan ? Ya Allah aku bersyukur sangat . Terima Kasih untuk mak ayah aku ,cikgu-2 aku , kawan-2 aku , junior-2 aku . aku rasa bahagia sangat . the best moment akan dtaang 13 APRIL nih ! konvo dekat lake town ! na pakai jubah ! yay !  btw budak kelas semua dapat result cemerlang . aku bangga dengan budak-2 kelas aku . satu hari nanti aku akan rindu deme gila-2 . Tahniah untuk semua ,. aku sayang semua . Terima kasih yang ucapkan tahniah tuu :D

oh ya , malam tu aku pergi ambek Galaxy Note II order isnin rabu baru sampai . Tu la hadiah aku , aku ta mintak apa-2 dah :D . aku beli note pun sebab phone aku rosak . lupa na habaq lepas dapat result aku terus lapaq , malam dengan pagi tu aku ta makan . Bhahaha . untuk junior-2 whatsapp kami and IM kami thanks banyak-2 . A+ aku BM , ADD MATH , MATH . A aku BI , AGAMA , AKAUN . A- aku SEJ . B+ FIZIK . B aku KIMIA . oke daaa . teruskan berjuang !

No comments:

Post a Comment