Home

Sunday, March 10, 2013

Hala tuju selepas SPM

Assalamualaikum

Hari ni aku na share dengan korang pasal Halatuju kita selepas SPM . sebenarnya aku yang bercakap nih masih menunggu result SPM . macam ta layak je kan aku na cakap benda ni aku sendiri belum ditujukan kemana-mana . hihi . oke serious ! Sebenarnya kebanyakkan dari kita termasuk aku sendiri kurang pendedahan pasal benda-benda ni . kadang-2 nak tanya orang segan dan tatahu nak tanya sapa . Baca artikel pun bukan paham sangat . So, aku yang masih dalam dilema nih beranikan diri untuk bertanya banyak pihak , nak mintak pendapat dan nasihat . Alhamdulillah sejak mulakan perniagaan ni aku kenal ramai orang yang semuanya aku rasa sangat-2 baik . Even tak kenal , tapi diorang nak share experience diorang dan melayan aku punya soalan yang kadang-2 aku rasa aku nak gelak . kau tahu aku tanya pasal Insuran Takaful RM1.50 yang aku bayar masa form1 tu dekat orang jual insurans . Die pun terang kat aku pungpangpungpang sekali dia tanya paham dak ? aku jawab dak . Bhahaha , lupakan ! antara soalan yang remeh aku tanya , apa beza foundation dengan asasi ? Bhahaha , baru aku taw benda yang sama rupanya . terok betul ! Bagi aku yang paling penting kita tahu apa yang kita minat dan kita tahu kebolehan diri kita . Buat takat yang mampu , jangan la na ikut orang . Anak mak Jemah dapat 13A+ buat medic , kita bestfriend anak Mak Jemah na buat medic jugak walaupun dapat 3A je . Aku minat bidang pengiraan sebenarnya . So , aku decide nak jadi akauntan EVEN tatahu menahu sangat pun kerjaya akauntan ni . So ,aku banyak tanya pendapat orang pasal nih . banyak yang negatif aku dapat -.- tapi aku buat tatahu je sampai sekarang yang aku rasa aku perlu buat-2 tahu . So , bila dok termenung sorang-2 aku sendiri tatahu nak ambik apa . Jadi , aku deicde nak tunggu result kemudian baru tetapkan . tapi matlamat aku bidang akaun dan bukan berkaitan dengan sains EVEN aku ambik fizik , kimia . Hari ni aku bukan na bagi nasihat dekat hampa . tapi aku nak share nasihat yang aku dapat dengan hampa :)

Nih conversation aku dengan orang Insurans tu . kami kenal atas urusan perniagaan :)
btw , soalan dia bermula "lepas ni plan na sambung belajar mana?"



Nih conversation aku dengan senior aku . Ya ! Kak waniey yang rajen jawab soalan aku :)
Nih masa baru habis SPM ( 2012 )





Nih conversation dengan my sis waniey jugak tapi tahun 2013 .










Takde la ramai orang aku bertanya pun kan ? sembang macam ramai je . Ni yang aku tanya dalam FB . yang lain aku tanya face to face dan aku ta bawak recorder . Bhahaha . Aku selalu jugak tanya google . tapi aku ni bila baca artikel doktor aku na jadi doktor , bila baca artikel akauntan aku na jadi akauntan , bila baca artikel usahawan aku na jadi usahawan , bila tengok lahad datu aku na jadi askar , bila g imigresen aku na jadi pegawai imigresen , bila lalu kat sekolah aku nak jadi cikgu . Nampak permainan aku ? herr~ Aku ada tanya cegu aku jugak pasal benda nih masa aku dengan lim pergi sekolah bincang pasal majalah . banyak nasihat beliau . tapi aku ta larat na type . oke daaa . hopefully aku membantu korang :)

No comments:

Post a Comment