Home

Saturday, April 13, 2013

Hari Jubah

Assalamualaikum

Hari nih Sabtu 13 April 2013 merupakan hari yang amat bermakna . Hari ni Majlis Anugerah Kecemerlangan diadakan untuk meraikan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan dalaman , PMR dan SPM . Majlis yang gilang gemilang ini diadakn di Dewan Kaloi , Bukit Merah Laketown Resort . Kenapa Majlis Hari Anugerah ni bermakna ? Oke kali ni kali pertama kami warga SPM merasa nak graduate pakai jubah . wehee . Graduation day ! Konvo ! bajet macam U dah . Bhahaha . apa yang best lagi ? Tahun ni sek dah tempah jubah sendiri . So , kami la batch pertama yang merasmikan jubah tu . Last year sekolah kami sewa dari SMK Seri Nibong . Aku tak nak ulas panjang-panjang . Aku just nak share gambar je hari ni . Aku cuma mampu cakap , aku rasa sangat seronok tapi dalam masa yang sama hati kecil aku menangis . lepas ni kena berpisah . yeah , sejak akhir-2 nih . aku dah pandai emo-emo .

 Briefing before the majlis start


 he fulfill his promise to snap our picture together . thanks , this is tha last chance we can snap together . 

 Yeah . Hari Jubah so I wear the Jubah . I love this cute teddy . I'll keep it as long as I can .

 Cikgu add math . Cikgu saya sayang cikgu . Saya masih simpan dan akan simpan sajak yang cikgu bagi dekat saya semasa saya berada di tingkatan dua walaupun kita baru bersua muka selama dua minggu . skema tak ayat saya ? weheee


 Arun ! He is the cemerlang gemilang terbilang student in our school . he got 9A+1A . Arun hang punya ucapan buat aku sebak . aku dah na mengalirkan air mata tapi aku control . with your word "selepas ni kita akan bawa hala tuju masing-2 . semoga kita semua berjaya dalam bidang yang diceburi"

 After lunch we continue our photoshoot . Bhahaha

 For the first time I'm wearing Jubah since a few years . during my childhood i'm always wearing jubah . one of the pak cik passing by that area said "dah macam wartawan pegang microphone pastu orang tangkap gambar kamu" than i realize oh that's teddy he said microphone
 I'm with my ummi . we are in purple . yay ! I love my ummi very much . she sacrifice a lot to raise me up and push me to study to make sure i'm success . by not getting straight A' i'm sure she disappointed with me . I promise I'll study hard in University to make sure I'll make my parents proud of me .


 She also got 10A's . Congrat ! why I'm smile like that ? Like kerang busuk ! Bhahaha . 


 I don't know what's wrong with her . btw she wear her mother baju kurung's . 

 With teacher Salewati and cikgu Azizah . Teacher praised my jubah and my shawl . Maybe because before this I'm just an ordinary girl and just wear a simple clothe . but today ustazah said "hang pakai vogue mana perasan lalu sebelah saya" . hmm

 Again with our teacher 

With my junior . Najwa Farhana . Comel kan ? A night before this konvo she IM me at fb "kak salehah esok pakai cantik-2 taw kita tangkap gambar"

For my teachers : Cikgu terima kaseh kerana tak pernah jemu mencurahkan ilmu kepada kami . Terima kasih kerana tidak pernah jemu melayan teletah kami yang keanak-anakkan ini . Terima kasih kerana masih sudi mengajar walaupun kami ada kecilkan hati cikgu , tak buat homework eh bukan ta sengaja tertasiapkan . Terima kasih keran cikgu selalu selitkan tazkirah , nasihat untuk kami yang menjadi pembakar semangat buat kami dan juga kata-2 yang boleh kami pegang untuk menggapai kejayaan pada masa akan datang .

For my friends : hmm part ni emo sikit lah . Aku secara jujurnya sangat bangga dengan kawan-2 kelas kita . 5 tahun kita bersama . gaduh sana gaduh sini , ejek sana ejek sini , usik sana usik sini , nanges sana nanges sini . Macam-2 yang telah kita lalui . Walaupun ada antara kawan-2 kelas kita yang baru 2 tahun bersama kita tapi aku rasa kita macam dah lama sangat kenal . suka duka kita kongsi bersama . Everything we will do together including kadang-2 mengumpat . kan ? sejujurnya lagi aku sayang sangat dekat hampa . Aku pasti aku takkan dapat kawan se-awesome hampa dah lepas ni . We're like one happy family . Lepas ni kita akan terpisah . Kita akan bawa haluan masing-2 untuk kejar cita-2 kita . walaupun ramai antara kita yang mintak tempat belajar yang sama . aku pasti kita akan terpisah buat seketika untuk sambung belajar . mungkin tempat belajar sama tapi mungkin course kita tak sama . aku akan rindu setiap saat kita bersama dalam kelas tu . kita cat kelas sama-2 . beli barang hiasan , hias kelas , semakkan kelas . setiap hujung tahun kita akan buat meeting untuk bincang jamuan kelas . setiap tahun aku rasa jamuan kelas kita paling gempak walaupun kita ada duit kelas tapi masing-2 pakat na sponsor . walaupun kita susah na capai kata sepakat semua na ikut kepala sendri . at last , kita akan bersatu walaupun ada konflik . Aku bangga sangat dengan budak kelas kita , walaupun cikgu selalu berletiaq , selalu compared kan kita dengan junior dan senior kita sebab kita ta sehebat depa , tapi kita berjaya buktikan yang kita jugak hebat . Semua budak kelas kita cemerlang , paling rendah 3A je . Aku suka dengan sikap kita help each other . Kita akan sentiasa tolong kawan-2 kita yang lemah dan sentiasa mengajar jika depa bertanya . macam kata-2 arun tadi "yang tahu mengajar , yang taktahu diajar" . itulah apa yang kita amalkan selama ini . Memang tak dinafikan dan aku rasa ta boleh dinafikan budak kelas kita ni sangat lah childish . kita tak matured langsung , kita boleh lagi dok main "sep-2 tom-2" kalau tension . kan ? mungkin dengan perangai kita yang macam budak-2 dan kanak-2 ribena nih membuatkan kasih syaang kita antara satu sama lain snagatlah kuat . Aku pasti bukan aku jer yang dok sedey-2 bagai . hampa mesti sedey kan ? Semua parents kita kenal each other . mana taknya setiap kali hari waris ja dok jumpak muka yang sama . parents kawan kita dah macam parents kita kan ? boleh melawak bersama . wehee . ingat tak teacher pernah kata batch kita batch yang paling berkasih sayang ? susah nak berpisah . kita baru berpisah sekejap tapi kita dah rindu-2 . ayah arun kata dekat mak aku "diorang ni kawan sejak form 1 . depa tak pernah berpisah , lepas habis spm baru depa merasa berpisah . itu pun depa selalu keluar jumpak . nanti dah pergu U sambung belajar baru depa betul-2 berpisah tapi percayalah setiap kali cuti depa akan berjumpak" . kenapa perlu berpisah ? kalau lah ada Universiti Seri Perak mesti kita semua apply situ jaa . kan ? Jujur dari aku , aku seronok sangat hari anugerah tadi . tapi masih terpalit rasa sedih rasa sebak dalam hati . mungkin ni kali terakhir kita gathering sebelum berpisah . benda yang paling sedih sebab ta semua budak kelas kita ada . I'm sure kalau semua ada lagi meriah . Satu je aku mintak , sejauh mana kita pergi , walau apa pun kita akan datang jangan lah putuskan persahabatan kita . jangan lost contact . Sejujurnya air mata aku mengalir masa buat post ni . Aku sayang hampa semua :'( aku rasa sedih sangat-2 untuk kali ni .

Salam sayang yang tulus ikhlas ,
E'ah

Wednesday, April 10, 2013

Penipuan Online

Assalamualaikum .

Memandangkan lama dah aku ta update blog , jadi hari ni aku nak update satu cerita . Cerita nih pengajaran buat kita bersama . Aku tersungguh dan tersangat lah geram dengan apa yang menimpa aku nih . Tapi tapa , aku jadikan benda ni sebagai pengajaran dan selepas ni kena lebih berhati-hati . Kalau sesape yang memang jadi readers blog aku maybe hampa taw apa yang aku buat sementara tunggu sambung belajar kan ? Kepada yang belum tahu meh cek na habaq , aku membuat perniagaan online NS Online Shop . Boleh like page kami di FB . wehee ~ promote ! promote ! Bhahaha . oke back to the story . So , nak meniaga kena la buat stratergy . so aku survey la barang-barang yang susah na dapat dekat PB nih . So , lepas aku survey punya survey punya survey aku buat keputusan nak kembangkan sayap aku dengan jual tudung pulak . Than survey lagi , kebanyakkan customer cari tudung akel dan kangroo . memandangkan kawan aku kata tudung akel dah terjual di pasar kemboja , jadi aku pun buat keputusan nak jual kangroo . Eh tudung cap kangroo . Bhahaha

So , the next step . aku meng'google' la dan ber'FB' lah nak cari supplier yang betol-2 meletop ! Aku ada ja dealer yang selalu aku beli tu tapi kena beli 50helai baru dapat harga borong . Banyak kan ? Aku baru nak mula jadi tak berani la nak ambik banyak-2 takot tadak customer . So , aku terjumpa satu page di FB nih . aku like dan aku PM dia tanya harga . Than dia guna FB dia add aku . so , aku approve laa . Kemudian dia hantar promosi 20helai RM120 including postage . So , aku berkalkulator its oke laa , itu yang paling murah aku jumpak setakat tuh . Than dia suruh aku bank in duit hari tu jugak sebab dia nak pergi ambik stok . Jadi aku dalam hujan rintik-2 meredah hujan dengan menaiki moto kesayangan aku PKM tuh pergi CIMB pada 1April 2013 . lepas dah bagi prove payment malam tuh dia kata stok habis . aku dah rasa lain macam dah . dia kata stok sampai hari khamis . So , aku pun ta nak la bersangka buruk . aku tunggu ja . So , kalau stok sampai khamis maybe jumaat dah boleh pos dan isnin dah sampai . So , aku kol dan SMS la dia na tanya perkembangan . tapi kelam jahh .

So , rasa curiga aku makin membuak-buak la . Aku ambil tindakan drastik , aku PM semua yang pernah komen dekat FB dan Page dia . Aku tanya kenal tak A**** R***** . First respond aku dapat memang boleh buat jantung aku tercabut . sebab dia kata "Kenal . kenapa adik kena tipu jugak ka?" weih berdarah mata aku baca . So , aku pun terus la korek-2 tanya cerita supaya apa-2 jadi aku ada bahan bukti . yeah jauh aku fikir . Sis tu cakap dah ramai yang kena tipu dengan dia dan dah ramai PM sis tu tanya pasal mamat nih . So , aku pun terus kol tapi tade respon . Aku tak putus asa , aku teruskan jugak cari bukti-2 . Sorang sis ni lagi pun tanya aku soalan yang sama "kenal dik , adik kena tipu dengan dia jugak ke?" Oh Maii Teacher ! terkejut wei . Sis yang sorang ni order tudung tapi barang ta dapat lepas bank in . kau tau apa alasan mamat ni ? dia kata lori yang bawak tudung tu terbalik . aku yang dalam marah terus gelak , bodoh giler wei alasan . Ramai la kawan-2 meniaga aku suruh aku fight sampai menang , diorang semua support aku . itu aku terharu , dalam susah masih ada orang back up aku :) . aku ambil tindakan drastik lagi aku terus daftar nama aku dalam tribunal pengguna supaya kalau apa-2 jadi aku boleh terus report .

Than , ada jugak beberapa orang yang aku contact tak jadi beli sebab katanya mamat nih cakap kurang ajar dan memaksa . than , diorang tanya aku kenapa ? so aku cerita la aku order barang tapi ta dapat dah seminggu . Ada sis-2 meniaga dengan aku tolong aku , diorang berlakon nak beli dan diorang bagi maklumat kat aku mamat nih tengah online sebab mamat ni offline chat kat aku sejak aku bank in duit . so aku terjah la fb dia page dia . aku cakap aku nak duit balik . than dia maki-2 aku ta reti sabar bagai .Dalam kegeraman aku ada sorang sis reply PM aku . dia cakap dia kenal mamat tu dan dia baru nak p bank in duit . so aku membantutkan niat dia sebab aku cerita apa yang jadi . sis ni memang dah tawar hati nak beli tapi mamat nih dok paksa jugak sebab tu sis ni lewat bank in dan nasib dia sempat dengar cerita aku . so dia bagi no lagi satu mamat ni kat aku . dekat FB mamat nih letak no yang ta boleh dihubungi tu , tapi fon sis ni boleh detect no satu lagi . aku tataw la fon canggih apa dia pakai . aku terus kol , memang aku berleter la kat dia sebab dia janji na bagi tracking number kat aku isnin pagi . tapi tada , dia kata dia habis keja pukul 2 nnt dia bagi . aku tunggu sampai pukul 2 tada last-2 aku tertidur . aku bengang aku mesej ngan dia , sebab boleh jadi bukti . kalau kol aku ta reti na rakam :D

Lepas tu aku mengamuk nak duit balik kalau tak aku na report kat tribunal pengguna dan polis . Lepas tu selasa pagi dia kata na bagi tracking number tapi ta bagi jugak . aku paksa dia jugak aku nak duit aku balik . Lepas tu dia janji pukul 11 malam sebab dia habis kerja pukul 11 . aku mintak prove dia ta nak bagi . btw lupa na habaq aku rahsia kan benda ni dekat mak ayah aku . malam selasa tu baru aku bagi tau mak aku . than aku tanya mak aku ingat dak last duit dalam bank ada berapa , haruuu mak aku ta ingat . pastu mak aku bagi buku akaun dia suruh aku p update so boleh la trace . Lepas penat bertengkaq bagai nak rak dengan mamat tu akhirnya aku fed up aku berserah ja la , aku nekad pagi rabu kalau aku update tada memang terus ke balai la jawabnya tada nak bagi-bagi masa dah kat dia . pagi tu aku bertapa kat bank dekat pukul 9 ta bukak-2 last-2 aku p sekolah na uruskan majalah sekolah . balik tu pukul 2 lebih aku terus p bank . lepas update tengok ada masuk RM120 . Alhamdulillah lega aku . lepas ni kena bertanya dan merisik dulu bekas-2 customer dealer supaya tak ditipu . Mulanya aku nak block mamat ni kat FB tapi bila pikir balik tak jadi lah sebab mana taw kot ada orang nak buat tindakan yang sama dengan aku , aku boleh la cerita yang mamat ni penipu .

Oh ya aku terlupa , masa aku bagi no bank tu , aku terpikir pulak . kalau mamat ni songlap duit dalam bank acano pulak ? huh aku terus google "bahaya dedahkan no akaun bank" weih seram aku baca . Aku memang tawakal la , kalau duit dalam bank lesap pun aku taw dia punya kerja . So , Alhamdulillah la tadak benda seburuk tu jadi . So , maybe hampa na taw kan sapa mamat tu ? sapa yang nak taw sila PM aku di FB or page . aku tamaw dedahkan kat sini , kalau hampa nak taw boleh tanya aku supaya hampa tak kena tipu . pengajaran : berhati-hati ketika beli online . ni salah satu risiko nya :D . oke stop here ! sapa na taw lebih lanjut boleh PM aku . Btw , NS Online Shop ada jual barang baru , boleh g usha-2 ye :D

Tuesday, April 2, 2013

Cara berfesyen

Assalamualaikum .

Wohoo , semakin hari semakin malas na update blog . Bukan malas sebenarnya tapi kekeringan idea sebenarnya . hihi . Terbeliak dak bijik mata hampa baca tajuk tu ? Dak ? Bijik mata kami terbeliak , macam pelik ja kami buat post pasai fesyen . fyi , I nih ta berapa reti nak berpesyen ! bila tengok orang lain pakai cantik jahh , lawa jahh . tapi bila na pakai ta berani . So , bagi pendapat aku kita pakai apa pun yang paling penting mesti berani dan confident . kalau kau sendiri rasa awkward dengan apa yang kau pakai orang yang tengok kau lagi awkward . Am I right ? Tapi pade-2 lah pakai kalau ye pun kau confident . Jangan la pakai seluaq hijau , baju merah , tudung kuning . dah macam trafic light orang tengok kau beb ! ye la memang trend sekarang warna semua shocking colour jerh , tapi pade-2 ar .

Sekarang musim peplum ! Sekarang dah pakat ramai pakai kain . Yeah ! aku pun baru terjebak dalam dunia kain mengain nih . seronok jugak . at least tadak la aku buas sangat kalau pakai kain duduk pun kena sopan-2 ta boleh terjun-2 dah sat lagi kain jadi payung terjun haruuu dibuatnya . Habih semua terpikat . Bhahaha . oke tersasul . Aku beli kain nih dah lama tapi perap bagi kain ni masak dulu . Bhahaha . tadak ar , aku tataw na pakai p mana . Kalau pakai p pusat bandaq aku selalu naik moto jaa ulang suara naik MOTO bukan SKUTER sat lagi mengerbang kain peplum kembang aku tu . nak pakai balik kampung sat lagi nak p mancing ikan meyusahkan aku pulak . at last aku pakai untuk tidoq ja . Bhahaha . So , baru-baru ni la aku memberanikan diri memakainya berdepan dengan masyarakat . First time aku pakai , aku rasa aku nampak macam kartun dan mak aku mengakuinya -.- sedih bhaii . Second time pakai na g pasar kemboja . mak aku cakap "laa , ta elok la pakai macam ni , dah la na p pasar kemboja . yang p pakai macam kemboja jugak tu pasaipa?" aku just jawab "biaq ar senang sikit na dapat diskaun" memang tada kaitan la jawapan aku tuu . Than my mum said "Lepas ni toksah pakai dah kain kembang-2 lagu ni beli yang kuruih-2 ja" . Dah I ni kembang I kena la pakai kain kembang-2 ! Bhahaha . oke oke nanti ummi bagi duit adik beli hat kuruih-2 jah .

Let me share with you apa kepelikan berpakaian yang aku selalu buat lately nih .


 This is kain peplum yang aku dok mentioned tuh .

Abaikan jeans nih perhatikan tshirt nih . aku pakai tshirt nih dengan peplum skirt tuh , memang kureng sesuai lah kann ? tapa nnt aku beli kain kuruih-2 .


sapa yang tataw skirt peplum , marilah melihat tahap kekembangan nya . actually dia lebih kembang dari nih .
*sumber gambar PLO*

nih aku pakai masa HO dengan dbah, mus , yeon . kau tahu dbah kata apa ? "macam pelik arh kak leha pakai camni" yelah selalunya tshirt jahh pujaan hati aku . nih pakai blouse beb colour shocking pulak tuh . oh lupa na habaq , ada rupa baju tasha manshahar dak dalam video clip be mine tuh ? Bhahaha . berangan seketika . tapi sis tasha pakai dress and kasut lawa . aku pakai selipar jahh . Failed !

dah toksah dok gelak kat aku , aku pun na tergelak bila pikirkan balik . tapi aku nak tekankan . make sure korang confident dengan apa yang korang pakai . Pakai la ikut tempat . nak p market toksah dok pakai la hat lawa-2 tuu . The most IMPORTANT fesyen apa korang pakai make sure berlandaskan syariat Islam . tok sah dok pakai hat ketat-2 , hat jarang-2 sampai nampak benda yang ta sepatutnya . Pelihara dirimu untuk suamimu . cewahh . oke stop here sebelum aku merapu meraban panjang-2 . daa !