Home

Wednesday, April 10, 2013

Penipuan Online

Assalamualaikum .

Memandangkan lama dah aku ta update blog , jadi hari ni aku nak update satu cerita . Cerita nih pengajaran buat kita bersama . Aku tersungguh dan tersangat lah geram dengan apa yang menimpa aku nih . Tapi tapa , aku jadikan benda ni sebagai pengajaran dan selepas ni kena lebih berhati-hati . Kalau sesape yang memang jadi readers blog aku maybe hampa taw apa yang aku buat sementara tunggu sambung belajar kan ? Kepada yang belum tahu meh cek na habaq , aku membuat perniagaan online NS Online Shop . Boleh like page kami di FB . wehee ~ promote ! promote ! Bhahaha . oke back to the story . So , nak meniaga kena la buat stratergy . so aku survey la barang-barang yang susah na dapat dekat PB nih . So , lepas aku survey punya survey punya survey aku buat keputusan nak kembangkan sayap aku dengan jual tudung pulak . Than survey lagi , kebanyakkan customer cari tudung akel dan kangroo . memandangkan kawan aku kata tudung akel dah terjual di pasar kemboja , jadi aku pun buat keputusan nak jual kangroo . Eh tudung cap kangroo . Bhahaha

So , the next step . aku meng'google' la dan ber'FB' lah nak cari supplier yang betol-2 meletop ! Aku ada ja dealer yang selalu aku beli tu tapi kena beli 50helai baru dapat harga borong . Banyak kan ? Aku baru nak mula jadi tak berani la nak ambik banyak-2 takot tadak customer . So , aku terjumpa satu page di FB nih . aku like dan aku PM dia tanya harga . Than dia guna FB dia add aku . so , aku approve laa . Kemudian dia hantar promosi 20helai RM120 including postage . So , aku berkalkulator its oke laa , itu yang paling murah aku jumpak setakat tuh . Than dia suruh aku bank in duit hari tu jugak sebab dia nak pergi ambik stok . Jadi aku dalam hujan rintik-2 meredah hujan dengan menaiki moto kesayangan aku PKM tuh pergi CIMB pada 1April 2013 . lepas dah bagi prove payment malam tuh dia kata stok habis . aku dah rasa lain macam dah . dia kata stok sampai hari khamis . So , aku pun ta nak la bersangka buruk . aku tunggu ja . So , kalau stok sampai khamis maybe jumaat dah boleh pos dan isnin dah sampai . So , aku kol dan SMS la dia na tanya perkembangan . tapi kelam jahh .

So , rasa curiga aku makin membuak-buak la . Aku ambil tindakan drastik , aku PM semua yang pernah komen dekat FB dan Page dia . Aku tanya kenal tak A**** R***** . First respond aku dapat memang boleh buat jantung aku tercabut . sebab dia kata "Kenal . kenapa adik kena tipu jugak ka?" weih berdarah mata aku baca . So , aku pun terus la korek-2 tanya cerita supaya apa-2 jadi aku ada bahan bukti . yeah jauh aku fikir . Sis tu cakap dah ramai yang kena tipu dengan dia dan dah ramai PM sis tu tanya pasal mamat nih . So , aku pun terus kol tapi tade respon . Aku tak putus asa , aku teruskan jugak cari bukti-2 . Sorang sis ni lagi pun tanya aku soalan yang sama "kenal dik , adik kena tipu dengan dia jugak ke?" Oh Maii Teacher ! terkejut wei . Sis yang sorang ni order tudung tapi barang ta dapat lepas bank in . kau tau apa alasan mamat ni ? dia kata lori yang bawak tudung tu terbalik . aku yang dalam marah terus gelak , bodoh giler wei alasan . Ramai la kawan-2 meniaga aku suruh aku fight sampai menang , diorang semua support aku . itu aku terharu , dalam susah masih ada orang back up aku :) . aku ambil tindakan drastik lagi aku terus daftar nama aku dalam tribunal pengguna supaya kalau apa-2 jadi aku boleh terus report .

Than , ada jugak beberapa orang yang aku contact tak jadi beli sebab katanya mamat nih cakap kurang ajar dan memaksa . than , diorang tanya aku kenapa ? so aku cerita la aku order barang tapi ta dapat dah seminggu . Ada sis-2 meniaga dengan aku tolong aku , diorang berlakon nak beli dan diorang bagi maklumat kat aku mamat nih tengah online sebab mamat ni offline chat kat aku sejak aku bank in duit . so aku terjah la fb dia page dia . aku cakap aku nak duit balik . than dia maki-2 aku ta reti sabar bagai .Dalam kegeraman aku ada sorang sis reply PM aku . dia cakap dia kenal mamat tu dan dia baru nak p bank in duit . so aku membantutkan niat dia sebab aku cerita apa yang jadi . sis ni memang dah tawar hati nak beli tapi mamat nih dok paksa jugak sebab tu sis ni lewat bank in dan nasib dia sempat dengar cerita aku . so dia bagi no lagi satu mamat ni kat aku . dekat FB mamat nih letak no yang ta boleh dihubungi tu , tapi fon sis ni boleh detect no satu lagi . aku tataw la fon canggih apa dia pakai . aku terus kol , memang aku berleter la kat dia sebab dia janji na bagi tracking number kat aku isnin pagi . tapi tada , dia kata dia habis keja pukul 2 nnt dia bagi . aku tunggu sampai pukul 2 tada last-2 aku tertidur . aku bengang aku mesej ngan dia , sebab boleh jadi bukti . kalau kol aku ta reti na rakam :D

Lepas tu aku mengamuk nak duit balik kalau tak aku na report kat tribunal pengguna dan polis . Lepas tu selasa pagi dia kata na bagi tracking number tapi ta bagi jugak . aku paksa dia jugak aku nak duit aku balik . Lepas tu dia janji pukul 11 malam sebab dia habis kerja pukul 11 . aku mintak prove dia ta nak bagi . btw lupa na habaq aku rahsia kan benda ni dekat mak ayah aku . malam selasa tu baru aku bagi tau mak aku . than aku tanya mak aku ingat dak last duit dalam bank ada berapa , haruuu mak aku ta ingat . pastu mak aku bagi buku akaun dia suruh aku p update so boleh la trace . Lepas penat bertengkaq bagai nak rak dengan mamat tu akhirnya aku fed up aku berserah ja la , aku nekad pagi rabu kalau aku update tada memang terus ke balai la jawabnya tada nak bagi-bagi masa dah kat dia . pagi tu aku bertapa kat bank dekat pukul 9 ta bukak-2 last-2 aku p sekolah na uruskan majalah sekolah . balik tu pukul 2 lebih aku terus p bank . lepas update tengok ada masuk RM120 . Alhamdulillah lega aku . lepas ni kena bertanya dan merisik dulu bekas-2 customer dealer supaya tak ditipu . Mulanya aku nak block mamat ni kat FB tapi bila pikir balik tak jadi lah sebab mana taw kot ada orang nak buat tindakan yang sama dengan aku , aku boleh la cerita yang mamat ni penipu .

Oh ya aku terlupa , masa aku bagi no bank tu , aku terpikir pulak . kalau mamat ni songlap duit dalam bank acano pulak ? huh aku terus google "bahaya dedahkan no akaun bank" weih seram aku baca . Aku memang tawakal la , kalau duit dalam bank lesap pun aku taw dia punya kerja . So , Alhamdulillah la tadak benda seburuk tu jadi . So , maybe hampa na taw kan sapa mamat tu ? sapa yang nak taw sila PM aku di FB or page . aku tamaw dedahkan kat sini , kalau hampa nak taw boleh tanya aku supaya hampa tak kena tipu . pengajaran : berhati-hati ketika beli online . ni salah satu risiko nya :D . oke stop here ! sapa na taw lebih lanjut boleh PM aku . Btw , NS Online Shop ada jual barang baru , boleh g usha-2 ye :D

No comments:

Post a Comment