Home

Sunday, May 11, 2014

MDS UiTM Seri Iskandar

Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama na cerita pasal tajuk diatas , tapi baru sekarang berkesempatan . Sebelum tu , hari ni keluar keputusan penempatan kampus bagi adik-2 yang dapat UiTM dan Tahniah diucapkan . Tak la adik sangat actually , beza setahun je pun (ketika menaip pos ni la). Jadi bila pakat-2 dah dapat tawaran macam-2 status la keluaq di FB . ada yang dilema la , ada yang excited dapat dan yang paling penting ramai yang tertanya tanya tentang persiapan nak masuk U kan ? So bab persiapan adik-2 google la blog senior-2 lain ya . Akak na bercakap pasal MDS je malam ni . Untuk adik-2 yang na masuk U tu rajin-2 kan la diri menggoogle blog orang tentang U yang korang dapat dan course yang korang dapat supaya terbukak sikit minda kome  tu , hihi . Oke stop berleter . Let's begin . MDS ! Minggu Destinasi Siswa . MDS ni untuk UiTM sahaja ya . MDS ni kira orientasi la . Tapi walaupun namanya minggu Destinasi Siswa , para siswi masih terlibat ya . MDS setiap kampus berbeza mengikut OC yang handle tu la , pengisian mungkin sama . saya kurang pasti . saya hanya na bercerita pengalaman di kampus seri iskandar sahaja .

1. Pakaian
Pakaian sila bawa seperti yang dinyatakan oleh pihak UiTM tu ya . Kalau boleh bawak pakaian lebih sikit sebab minggu MDS tu korang mesti ta sempat na basuh baju punya . So iron siap-2 untuk 5 hari ya adik-2 . untuk siswi pakaian sepanjang MDS ialah baju kurung . dalam baju kurung kena pakai seluar track , kasut sukan , tudung di pinkan 3 kebawah . kalau yang pakai tudung labuh boleh lah buat silang . Korang jangan nak mengelat ya sebab OC akan cek nanti . Rasanya ada kena bawa kasut kulit hitam kan ? kalau ta kulit pun takpa , kasut pergi kenduri bertutup warna hitam dan ta banyak corak pun takpa . *akak pakai kasut hitam tu sehari ja dulu rosak terus sebab banyak jalan* Baju T-shirt putih kena bawak kan ? Ta ingat lah pakai ke tak . tapi nanti akan ada sehari diorang akan bawak pergi pusing-2 kampus . So baju tshirt yang dibenarkan bila korang angkat tangan baju still bawah pinggul dalam erti kata lain longgar la . kalau baju ketat dan jarang ? korang akan pusing kampus dengan pakai baju kurung dan seluar track . malu kan ? so jangan bawak baju ketat ya . Baju kurung putih tu korang bawak ja baju sekolah dulu dan kain hitam sebab nanti akan pakai masa penutup . Nanti time penutup akan pakai tudung seragam , tudung UiTM nanti dia bagi masa pendaftaran . Tudung tu jarang , so OC ta bagi pakai tudung tu saja , dia akan suruh pakai tudung hitam didalam kemudian baru tudung UiTM . Nak senang pakai ja tudung hitam yang ada awning tu , so tudung UiTM boleh lilit macam shawl . Sebelum terlupa sepanjang orientasi korang wajib pakai tudung even korang free hair . so bawak la tudung even korang free hair ya . Erm rasanya itu saja pasal pakaian .

2.Aktiviti
Hehe . Bab ni segan sikit nak cerita , sebab lepas MDS seminggu tu balik rumah mak tanya buat apa masa MDS ? jenuh pikiaq last-2 jawab masuk dewan dan tidoq ja . haha *Jangan tiru aksi ini* . Jadi teman cerita apa yang teman ingat je la yaa . Bangun awal pukul 4 lepas siap berkumpul dekat bawah blok . Lepastu jalan dalam kumpulan . Lepastu masuk DSI (Dewan Seri Iskandar). masa dalam tu aircond sejuk dan korang yang ta cukup tido memang masa yang sesuai la untuk korang berdengkur kan ? hihi . tapi kena pandai cover lah ek sebab kakak-2 dan abang-2 OC jahat sikit time tu diorang akan snap siapa yang tidur . hasilnya ditayangkan time penutup nanti . Teman dulu tersengguk-sengguk punya mengantuk , roomate siap sedekah minyak cap kapak letak dekat mata tapi ta menjadi . hasilnya roomate buat video teman tengah tersengguk tu . ish . nanti dalam dewan dia akan cerita pasal U , peraturan , koko , PTPTN dan macam-2 la . Lepastu hari last MDS kami dibawa melawat fakulti , time tu kerani fakulti terangkan pasal subjek setiap sem dan akan dapat kelas time tu la . Lepastu kitorang ada riadah melawat kampus , dan senamrobik main explorace . seronok la jugak . Macam biasa la kan kalau kem pun akan ada malam penutup . Malam tu akan ada pertandingan lakonan dari setiap kolej . Macam biasa juara bertahan kolej pasir salak laaa . hihi . Rasanya itu je aktiviti yang teman ingat . huhu.

3.Makan
Makan dalam masa 5 MINIT ! kau rasa ? dapat la makan dalam dua tiga suap . serius cakap dalam seminggu tu ta dapat la na merasa makan lebih dari sepuluh suap tambah-2 yang beratur dekat belakang tu . So time makan memang teman jadi yang paling depan sebab na makan banyak dan memang makan sengan speed maksima sebab lepas makan pergi dewan balik . dah la blog kitorang yang paling jauh so memang kena laju laa . Makan 5 kali rasanya , ta ingat . Nasihat ! bawak biskut bebanyak seludup dalam beg makan dalam dewan . nanti mesti korang lapar .

4.Tidur
Tidur memang sekejup ja . Pukul 12 lebih , pukul 1 lepastu pukul 4 kena bangun sebab pukul 4.30-5 pagi dah kena kumpul dekat bawah . Kitorang sebilik sepakat na bangun awal sebab tanak berebut bilik air . Tapi ta mampu na bangun awal . so kitorang tukar plan . sebelum tidur kitorang mandi lepastu bangun pagi pakai baju ambik wudhu' ja untuk subuh . lagi sekali na mentioned basuh baju memang ta sempat tapi ada ja yang basuh baju . Baju kurung bawak la 10 helai . sehari pakai sehali je baju untuk g kuliah . tapi teman jenis ta suka tengok baju sama jaa jadi teman bawak 15 helai baju kurung . so lepas sebulan baru ulang balik baju dan sometimes ja selit pakai baju t-shirt . bebudak akaun ni memang terkenal dengan pakai baju kurung ja . dan siapa yang dapat fakulti FSPU yang course QS semua tu korang diwajibkan pakai baju kurung dan tudung :D

5.Pendaftaran
UiTM kampus seri iskandar ni guna konsep drive thru . penat la teman bayang macam mana la na daftar ala-2 McD . So meh sini na cerita . nanti korang masuk je pagar UiTM korang terus dapat kolej . akan ada dua line . Kalau dapat kad purple dan kuning berbahagia lah korang sebab dapat kolej besar tapi menderita lah korang sebab dapat kolej jauh nun di belakang . Tapi korang patut bahagia sebenarnya sebab kolej pasir salak dan indera sakti banyak kelebihan . ampaian depan bilik macam apartment . so lepas dapat kad kolej korang akan terus ikut laluan ke kolej . kemudian buat pendaftaran . bawak lah segala borang yang perlu . nanti dapat kunci bilik dan tudung UiTM dan bebrapa borang kolej . kalau nak dapat sama kolej dengan kawan korang konvoi la ikut line yang sama masa masuk pagar tu . na dapat bilik yang sama korang beratur sesama supaya sebilik . lepas tu korang kemas la barang-2 dengan sedih sbb na pisah dgn mak ayah . lepastu korang boleh keluar dengan parents . pukul 3 berkumpul balik . time tu parents dah bye-2 balik la .lepas asar je terus mula MDS . dinasihatkan bawak beg sekolah senang na letak borang-2 . Kertas X-Ray yang gedabak tu ta perlu usung pun masa hari pertama MDS sbb ta guna . Hari kedua baru sebetulnya korang daftar U dan kena la bawak X-Ray tu . time ni memang kena cepat dan pandai cilop-2 barisan la . nanti akan buat kad pelajar semua . kitorang dulu potong barisan so habis awal dan boleh rehat awal . orang lain ada sampai ke petang . so selesai la bab pendaftaran ya .

Rasanya itu ja yang na diceritakan . Kalau ada apa-2 soalan feel free to ask me . Saya sedia membantu . MDS di tapah jangan tanya macam mana ya . Sebab saya 2 semester di Seri Iskandar dan sem depan baru ke Tapah . so lebih arif bab Seri Iskandar la . Nasihat . Ikhlaskan hati dan korang akan rasa seronok berMDS . Other post from me about SI klik HERE . Sekian sahaja . Maaf kalau penerangan kurang jelas dan kurang info ya . so tanya ja kalau na tahu apa-2 . Sekian !

70 comments:

  1. assalamualaikum akak, nk tnye bleh, 'tudung di pinkan 3 kebawah" tu cmner ye...pakai jilbab boleh x? dan satu lagi, pemakaian smasa hri pendftrn tu bju kurung biasa ka? @ dh kena siap2 pakai bju kurung putih+kain hitam ? syukran jazilan ats infonya ! :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam .
    1. Pin tiga kebawah tu lepas tudung kebawah la . Selalu kan pin kat bahu . Ni tak boleh pin kat bahu la .
    2. Masa pendaftaran pakai baju kurung biasa .
    3. Baju kurung putih tu pakai masa penutup MDS

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum akak. Sorry nak tanya yang kain hitam tu nak pattern macam kain sekolah ke maknanya side tepi?? Ok. Thank you!

    ReplyDelete
  4. Waalaikummussalam

    Ta kisah pun mcm mana . Akk dulu buat kain senyum belakang . So nnt boleh jugak pakai2 dengan blouse . Hehe

    ReplyDelete
  5. salam kak. sy nie laki, nak tanya (kalau akak boleh jawab la). time mds(ada sukan apa ntah) laki kena pakai baju tshirt putih. maksudnya, mmg plain putih ke? (tanpa corak?) and baju tu wajib berkolar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam

      Baju putih untuk riadah kot tuu . Aah putih kosong tadak corak .

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Kak. Lpas mnggu mds cuti brapa lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam

      Dulu MDS isnin sampai jumaat balik weekend lah sabtu ahad tu je la . Isnin dah start kuliah

      Delete
  8. assalamualaikum kak.baju kurung putih n kain hitam tu pakai masa penutup je eh?hri lain pkai bju sukan putih la?pastu satu bilik berapa org kak?

    ReplyDelete
  9. Waalaikummussalam

    - Ya baju kurung putih tu pakai sekali ja .
    - Hari lain pakai baju kurung biasa .
    - Tshirt pakai masa riadah ja .
    - Satu bilik 4 orang .

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum..akak nk tnya nih kalau pkai purdah di dlm kwasan uitm bole x? tp msa msuk dewan kuliah buka la.. boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam

      setahu akak ta boleh dik . Purdah boleh pakai kat luar U je . Ramai yang berpurdah kat situ tapi ta pakai dalam U .

      Delete
  11. Assalamualaikum akak. Akak serious ke budak QS kena pakai baju kurung time kuliah? Tak bolehlah pakai slack + blouse?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam

      Dekat SI yes ! roomate akak QS dia yang cakap .

      Delete
  12. Assalamualaikum akak.
    Nice entry.. Ia dpt bgi pencerahan kpd sy ttg mds ni.
    Erm. Nak tanya,
    - baju kurung memang kene bawak banyak ek? Whole day sampai malam ke pki baju kurung tu?
    - pastu, yang kasut hitam tu pakai sepanjang masa ke macam mane? Sandal tak boleh ke?
    - yang pasal tudung uitm tu? Tak semestinya kita pakai mcm tdg bawal biase kan? Kan jarang, so pakai inner neck tu then lilit cam shawl boleh jugak kan?

    Sorry banyak tanye. Tq akak :)

    ReplyDelete
  13. Waalaikummussalam .

    - aah dari pagi sampai malam pakai baju kurung . Untuk mds seharI sehelai je la . Masa kuliah nnt ikut kamu la
    -kasut hitam pakai masa penutup ja . Hari lain pakai kasut sukan
    -yep boleh buat mcm mana pun tapa . Janji pakai . Ada yg ikat buat cam headband je pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  14. Salam akak klau lepas mds, time kuliah pakai baju apa2 pun boleh ke? Tkasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam
      Maaf lambat reply . Boleh je tapi kena ikut sahsiah rupa diri

      Delete
  15. Salam kak, saya nak tanya. Saya ada beli tudung putih tapi ada manik. Boleh ke kak? Lagi satu, kalau tak pakai kasut hitam boleh ke? Ada kasut hitam tapi style cam tajam2 warna gold tu banyak. Boleh guna yang tu ke? Hee satu lagi kak, saya corse town planning. Kena pakai baju kurung setiap masa macam QS jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam . Maaf lambat reply
      -tudung tu boleh je
      -kasut tu ta boleh rasanya
      -town planning akk ta sure la . Hari pergi side boleh la kot pakai seluar

      Delete
  16. hai kak, info yang sangat berguna! �� btw, maksud akak yang QS kena pakai baju kurung tu means setiap kali pergi kelas or time MDS je? thank you kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai . Maaf lambat reply .
      Masa pergi kelas dik

      Delete
  17. Salam kak, nant hari mds Tu makan free ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam . Maaf lambat reply . Ya dik . Makan free

      Delete
  18. As salam sis... nak tnye pemakaian seharian untuk siswi ke kuliah untuk under FSPU ape ye? baju bebas or berbaju kurung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya bebas . Tapi still kena ikut etika

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  19. Assalamu'alaikum, akak.

    Thanks for sharing. Saya ada satu soalan. Akak tulis kat atas tu yang pakai tudung labuh boleh pin silang. Kalau saya pakai tudung kain turki yang macam ustazah2 duk pakai tu boleh jugak kan pin silang? :o

    ReplyDelete
  20. Assalamu'alaikum, akak.

    Thanks for sharing. Saya ada satu soalan. Akak tulis kat atas tu yang pakai tudung labuh boleh pin silang. Kalau saya pakai tudung kain turki yang macam ustazah2 duk pakai tu boleh jugak kan pin silang? :o

    ReplyDelete
  21. Salam kak, kalau tudung labuh berjahit boleh tak masa mds?

    ReplyDelete
  22. salam akak..english placement test tu ape yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam . maaf dik tatahu . ta pernah dengar pun

      Delete
  23. assalam akak. nk tnya sikit.. time mds tu memang wajib ea pakai tshirt putih? kalau pakai tshirt selain warna putih boleh tak ? tudung warna bebas kn ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam . masa kitorang dulu ta pakai pun tshirt putih . akak pakai tshirt muslimah je . hihi .

      Delete
  24. Assalamualaikum.n hello kak..i just wany to ask u about the stuff...

    I nak tnya masa first day pendaftaran tu nak bawa.semua stuf such as lappy n printer semua tu ker..atau just bawa baju2 jer excepted that stuff..n just kita bawa masa cuti balik nnti jer..mohon penjelasan terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam . terpulang pada awak . macam akak dulu ta bawak pun lagi lappy takut hilang , lepas mds akak balik lepastu baru bawak lappy

      Delete
    2. Apa masuk aka lepas mds akak balik?
      Balik rumah ke atau kolej?wajib balik ke?dan berapa hari??

      Delete
  25. Salam kak kalau minggu mds tu pakai flat shoes boleh tak? Ke memang wajib sport shoes dengan baju kurung? Nampak pelik :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam . haah kena pakai sport shoe . sebab kena jalan banyak . flat shoe nanti melecek kaki .

      Delete
  26. Assalamualaikum. Thankyou for the info. Nk tanya. Kalo pakai kain sekolah warna blue black boleh tak masa perasmian tu?

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. As salam sis...dekat uitmsi ade perkhidmatan mesin basuh atau dobi x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam dik . ade . RM2.50 boleh guna duit 20sen atau 50sen

      Delete
  30. As Salam.. akak skrang berada di tapah atau masih di SI ? Akak budak akaun memang kena pakai baju kurung je ke, blouse+skirt tak bole? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah 2017 . haha . maaf lambat reply but i'll reply it maybe it will be useful to others. sekarang Alhamdulillah dah degree di merbok . budak akaun boleh je pakai baju lain . cumanya budaya kitorang di si dulu selalu pakai baju kurung . lecturer cakap identiti akaun kemas and professional . hihi

      Delete
  31. akak nak tanya, memang kena pakai t-shirt putih atau boleh pakai apa-apa warna time yg mds tu? sebab sy ade bace kate kena pakai t-shirt putih dgn tudung putih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak je spare baju tshirt putih tu . ikut faci rasanya. masa kitorang dulu dia bg pakai baju biasa.

      Delete
    2. bawak je spare baju tshirt putih tu . ikut faci rasanya. masa kitorang dulu dia bg pakai baju biasa.

      Delete
  32. Asalamualaikum akak nak tanya barang kena bawa semua ke untuk ke uitm.kalau bawa sedikit dulu boleh ke.lepas seminggu itu baru saya bawa adakah boleh atau tidak boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam . terpulang . kalau rumah jauh bawak jelah semua . kalau dekat nak balik sokmo bawak sikit sikit pun takpe

      Delete
  33. Asalamualaikum akak nak tanya barang kena bawa semua ke untuk ke uitm.kalau bawa sedikit dulu boleh ke.lepas seminggu itu baru saya bawa adakah boleh atau tidak boleh?

    ReplyDelete
  34. assalammualaikum akk,boleh tk sya nk pakai kain biru tua yg mcm kain pengawas uh time mds?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam . akk ta sure kain biru awak tu warna mcm mana . tapi pakai kain sekolah rendah tu je senang

      Delete
  35. assalammualaikum akk,boleh tk sya nk pakai kain biru tua yg mcm kain pengawas uh time mds?

    ReplyDelete
  36. Assalam Kak thanks for this useful post! Rasa lega bila dah tahu serba sedikit psl MDS. Hehe Kak nak saya nak tanya.. Lepas MDS memang diwajibkan balik ye?

    ReplyDelete
  37. -Akak utk FSPPP pemakaian dy camne eh diluar n dlm class? (Bg siswi)

    ReplyDelete
  38. FSPPP yg QS semua tu kan ? Roomate akak dulu QS dia cakap lecturer suruh pakai baju kurung je g kelas or jubah

    ReplyDelete
  39. Salam kak macam mana nak sama bilik dengan kawan ? Mmg kena konvoi naik kereta beratur sama sama ke ?

    ReplyDelete
  40. Akak. Kasut apa yang kena pakai masa MDS? Kasut warna apa and kasut tu terbuka ke atau bertutup?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time mds pakai kasut sukan berdasarkan apa yg akak tu ckp kat atas (sbb kena byk berlari ke sana sini nanti 😂). Kasut pergi kelas tu kena pakai hitam or gelap(biru gelap maybe boleh idk) yang pasti bertutup dan berstokin :)

      Delete
  41. Akak nk tnya..
    -nt ary daftar tuh ken pkai bju kurung biasa kan??
    -bju t-shirt putih bile nk pkai?
    -bju kurung putih (bju skolah) pkai bile??
    -bju kurung nk bwa berapa masa mggu mds..
    Sorry akak bnyk tnya.. 😊

    ReplyDelete
  42. Kak nak tnye uitm seri iskander bleh freehair ke

    ReplyDelete